Ya, memang betul ada orang meninggal dunia dan ianya ada kaitan dengan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Tinggal lagi, mangsa tersebut bukannya dua orang, tapi seorang sahaja. Dan dia disahkan oleh pihak hospital meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Warga Sabah itu jatuh rebah sewaktu dia selesai sesi temuduga dengan syarikat subkontraktor kepada Lynas, LAMPSUP, bukan LAMPSON.
Kalau sebelum ini, sebuah laman web Pro Pembangkang melaporkan yang mangsa meninggal dunia akibat terhidu gas kimia dikilang tersebut, ternyata ianya adalah tidak benar.
Mangsa meninggal dunia sesudah sesi temuduga dan sedang mengambil fail peribadinya di Pejabat Lynas yang terletak berhampiran dengan kilang.
Kalau ikut laporan laman web tersebut, mangsa meninggal dunia didalam kilang tersebut. Maka ianya membuktikan bahawa laman web tersebut mempunyai niat buruk.
Tindakan mereka menyebarkan berita seperti itu menunjukkan bahawa Pakatan Pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat.
Tujuannya adalah supaya rakyat melihat bahawa kilang tersebut merbahaya kepada kesihatan awam termasuk kepada pekerja mereka sendiri.
Apa yang dikesalkan, berita separuh penuh itu diwar - warkan dan laman web tersebut turut mengecam tindakan Lynas yang sengaja menyembunyikan perkara tersebut.
Mereka jelas sengaja mereka - reka cerita dengan membuat andaian yang bukan - bukan tanpa berlandaskan bukti yang sah.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Agaknya, memang dah menjadi norma puak - puak Pakatan Pembangkang ni suka buat cerita - cerita yang bukan - bukan.
Itu pasal la sebelum ni diorang boleh buat cerita kata Perasmian Penutup Sukan Malaysia diadakan pada malam Ahad sedangkan acara tersebut berlansung pada hari Isnin. Nampak sangat la sumber yang diorang perolehi tu memang dari 'sumber yang boleh dipercayai'!!!
kalau betol gas lynas merebak semua orang dekat situ dah meninggal.
BalasPadam