Hari ini dah masuk hari kedua Sukan Malaysia berlansung di Negeri Pahang. Hari ini jugak berakhirnya saingan untuk acara Karate.
Dari 16 pingat emas yang dipertandingkan, atlet dari Pulau Mutiara tu berjaya mengumpul separuh iaitu sebanyak 8 pingat emas.
Agak - agak, berapa habuan yang diberikan oleh Si Biawak tu nanti ye? Kalau kat Selangor, diorang bagi RM 3500 seorang. Kalau kat Penang, berapa pulak yang dia bagi? Jangan dia janji lepas tu tak bagi sudah la. Si Biawak ni bukan boleh percaya sangat!!!
KUANTAN - Pulau Pinang terus mendominasi acara karate pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila memenangi dua lagi pingat emas pada hari kedua acara itu hari ini.Kejayaan meraih dua emas itu meletakkan Pulau Pinang mendahului pungutan pingat keseluruhan dalam kalangan 14 kontinjen dengan lima emas dan tiga gangsa.
Selangor di tempat kedua dengan pungutan empat emas, dua perak dan dua gangsa diikuti Wilayah Persekutuan dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa manakala Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kedah masing-masing meraih satu emas.
Acara karate yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang merupakan acara paling awal dipertandingkan pada temasya itu dengan menawarkan 16 pingat emas keseluruhan. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.