Selasa, Julai 10, 2012


Sebelum ni, PAS Selangor dah menolak cabaran debat yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman.

Tapi, Dr. Hassan Ali tetap jugak berkeras nak berdebat dengan Dr. Abdul Rani memandangkan Dr. Rani memegang jawatan tersebut.

Kalau Si Khalid Gereja tu nak sahut cabaran tersebut, dia perlu jadi Pesuruhjaya PAS Selangor terlebih dahulu, baru dia layak nak berdebat dengan Dr. Hassan Ali.

Bagi Semut, kenyataan Si Khalid Gereja tu sebelum ini memang jelas membayangkan yang dia seorang yang tak mengenang budi.

Dulu dia naik jadi Ahli Parlimen Shah Alam pun menggunakan nama Datuk Dr. Hassan Ali untuk menjadi calon. Kalau tidak, jangan harap la dia nak menang.

Tambahan pulak sebelum ini, tak de orang pun yang kenal dengan Si Khalid Gereja ni. Sebabnya, dia tak pernah bagi apa - apa sumbangan pun kepada perjuangan PAS.

Tapi, bila nama dia dah naik, dia mula la lupa diri. Mula la berjalan pun mendongak ke langit. Lepas tu buat tuduhan terhadap Datuk Dr. Hassan Ali yang macam - macam.

Yang peliknya, macam mana orang seperti Si Khalid Gereja ni boleh jadi pemimpin ye? Dia bukannya tau buat kerja pun. Nak naikkan nama pun pakai orang lain. Nak harap dia buat kerja, satu hapah pun dia tak buat!!! Menyusahkan orang ada la!!!
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa beliau tetap mahu berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau akan menunggu kesediaan Abdul Rani sekiranya tidak mahu berdebat pada Rabu ini.
"Saya tetap akan tunggu Abdul Rani. Jika digantikan dengan Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor), pastikan dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu," katanya ketika dihubungi mStarOnline pada Isnin.
Hasan mengulas mengenai Khalid yang akan mewakili Abdul Rani sekiranya beliau masih mahu berdebat.
Hasan dalam satu kenyataannya pada Isnin berkata, beliau bukan mengusulkan debat itu tetapi hanya menerima jemputan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas kapasiti sebagai bekas Pesuruhjaya PASSelangor.
"Saya difahamkan Abdul Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar diertikan seperti saya menggunakan kaedah gangsterisme terhadap PAS.
"Sepatutnya Abdul Rani menyambut baik jemputan debat itu menggunakanpeluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu PAS di Selangor," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping