Lepas berbuka sambil - sambil tunggu masuk waktu untuk solat Isyak ni, apa kata kita luangkan masa membaca cerita kat bawah ni sekejap.
Ini kisah tauladan yang boleh kita jadikan renungan dimasa akan datang. Ianya mengenai kisah seorang Cikgu dengan Anak Muridnya yang Kaya Raya.
Ada seorang cikgu baru yang mendaftar kerja hari ini disebuah sekolah dalam kawasan bandar. Cikgu tu baru je tamat pengajian.
Dia belajar lama. Sesudah habis diperingkat Diploma, dia sambung pulak ijazah dan seterusnya memiliki Master dalam bidang yang didalaminya.
Walaupun ada Master, cikgu tu tetap enggan untuk menjadi seorang pensyarah. Sebaliknya dia memilih untuk mengajar di sekolah biasa sahaja.
Bagi dia, pengorbanan seperti itu lebih memberikan kepuasan dari menjadi seorang Pensyarah di Universiti.
Maka, pada hari tersebut, cikgu tu pun diperkenalkan didalam kelas yang murid - muridnya terdiri dari kalangan cerdik pandai belaka.
Diantara pelajar - pelajar tu, ada seorang pelajar perempuan yang juga merupakan anak seorang lelaki kaya. Dia ni boleh tahan juga sombongnya.
Sewaktu cikgu tu mula mengajar, dia dah mula memperlekehkan cikgu tu sedangkan cikgu tu memiliki Master dalam bidang yang diajarnya!!!
Si Pelajar Perempuan tu hari - hari kerja dia mengutuk cikgu tu dibelakang dan menghasut rakan - rakan dia yang lain agar membenci cikgu tu.
Kata dia cikgu tu ada Masters pun beli, bukannya sebab dia belajar tinggi - tinggi. Apa yang dia ajar satu hapah pun tak boleh pakai. Lagi pulak nak dipercayai.
Disebabkan murid - murid lain tu semua terpengaruh dengan hasutan Si Pelajar Perempuan tu, mereka pun sama - sama la membenci cikgu tu.
Akhirnya, bila tiba waktu peperiksaan SPM dijalankan, semua pelajar dalam kelas cikgu tu tadi gagal. Sudah la gagal, tak dapat pulak tempat nak menyambung pelajaran.
Ada yang markah terlalu rendah, ada yang sebab keluarga tak berkemampuan. Tapi, Si Pelajar Perempuan tu dapat jugak sambung belajar ke Kolej Swasta.
Ye la. Kan dia anak orang kaya. Jadi, walaupun dia GAGAL belajar di sekolah, sekurang - kurangnya dia ada duit nak belajar tinggi - tinggi.
Moralnya dalam cerita ni ialah, siapa yang rugi sebenarnya? Adakah cikgu tu yang rugi? Atau adakah Si Pelajar Perempuan tu yang rugi? Atau pelajar - pelajar lain tu yang rugi? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.