Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

MINAH NI PERNAH HIDUP MEREMPAT!!!


Siapa sangka ye tak. Minah yang secantik ini dulu pernah merempat dalam kemiskinan sewaktu dikampung halamannya.

Tapi, sekarang dia dah jadi terkenal dan mampu hidup mewah. Itulah ada resam dunia. Yang rajin berusaha akan berjaya. Tinggal lagi, kalau dah jenis Pemalas macam Si Mazlan tu, sampai kesudah la tak jadi apa!!! Itu pasal la dok mengemis je kerja dia!!!
LOS ANGELES 16 Julai - Pelakon berbakat Hollywood, Mila Kunis membuat pengakuan bahawa kehidupan miskin yang dilaluinya di Ukraine sebelum ini mengajarnya untuk lebih berjaya.

Katanya, dia menceburkan diri dalam bidang seni sejak berusia 14 tahun dan kehidupan sebagai pendatang di Amerika Syarikat mengajarnya untuk berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Sebelum mencapai kejayaan seperti hari ini, saya serta keluarga hidup dalam keadaan daif dan pengalaman masa lalu itu membuat saya sentiasa berusaha lebih gigih.

"Saya bersyukur dengan kejayaan kini dan jangan biarkan kekurangan menjadikan anda seorang yang lemah," ujar pelakon berusia 29 tahun itu.

Walaupun meniti kejayaan demi kejayaan, Kunis tetap melahirkan kebimbangan mengenai masa depannya dalam bidang seni.

"Usia semakin meningkat dan industri Hollywood menyaksikan penglibatan pelakon lelaki lebih ramai berbanding pelakon wanita.

"Hal itu sangat membimbangkan saya dan bagaimana dengan nasib pelakon-pelakon wanita apabila usia mereka mencecah 35 tahun?" tanya beliau.

Pelakon itu kini membintangi filem komedi Ted membawa watak Lori Collins. - AGENSI

1 comments:

Pengumpul Lirik lagu berkata...

bagus2..usaha tngga kejayaan..

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.