Selasa, Julai 17, 2012


GADIS ini bertuah dikurniakan rupa paras jelita seiring bakat seninya sebagai perisai untuk cuba bertapak dalam industri layar perak.

Baru saja dinobatkan juara program realiti Pilih Kasih musim ketiga, dia pastinya mengharapkan lembaran indah mengisi kerjaya lakonannya selepas ini.

Bukan menidakkan kehadiran Noreen Ashikin Abdul Rahim atau Reen Rahim, 24, sebagai pelakon baru yang menonjol, namun popularitinya ternyata masih samar-samar. 

Padahal, yang cantik sepertinya biasa mendapat tumpuan daripada pembikin drama, telefilem ataupun filem apatah lagi, dia nama baru.

Bertemu dengan anak jati Klang, Selangor ini di satu acara minggu lalu, membuka satu pandangan berbeza mengenai prinsip yang dipegang gadis ini sejak mengambil keputusan berpijak di industri ini. 

Akuinya, biar lumayan habuan yang menanti di pengakhiran, jangan sekali-kali mengambil jalan mudah sebaliknya, biarlah sesuatu itu datang kerana ia rezeki.

“Enam tahun lalu, kerana terlalu minat dan ingin serius dalam bidang ini, saya mengorak langkah awal dengan mencuba watak-watak sampingan. 

Usaha saya memang tidak pernah terhenti dan mula mengimpikan sesuatu yang lebih besar. Bagaimanapun, mungkin rezeki tidak menyebelahi, saya akur dengan keadaan yang memaksa untuk saya bersikap lebih realistik dan kembali meneruskan kehidupan normal.




“Tahun ini mengubah segalanya kerana sebaik terdengar iklan mengenai uji bakat Pilih Kasih di radio, lantas dalam hati berkata, inilah masanya. 

Saya berikan apa yang termampu pada program itu dan bersyukur dengan kemenangan terbabit. Namun, segalanya baru bermula dan saya jadikan ia bonus untuk melangkah ke dunia sebenar lapangan penuh ranjau ini.



“Biarpun masih belum berhasil ditawarkan watak yang ‘gempak’ tapi saya gembira kerana jadual tidak pernah putus ketika ini. 

Terbaru, saya bakal terbabit dalam filem Gangster Celop arahan Ahmad Idham, yang mana adalah filem sulung saya. Selainnya, saya banyak terbabit dalam drama termasuklah KL Drift The Series dan sebuah telefilem berjudul Runtun Kalbu,” katanya.

Mengakui sudah bersedia untuk menempuh asam garam bidang ini, Reen juga bersyukur pengalaman lalu banyak menyedarkannya bahawa dunia lakonan tidak seindah seperti di mata orang ramai.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping