Sebelum ni, Si Mahfuz bean tu sampai berbuih - buih mulut mencabar UMNO agar menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN Kementah.
Mahfuz kata, kalau betul UMNO memperjuangkan Islam, maka UMNO perlu menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN tersebut.
Jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Masyitah yang bersetuju dengan cadangan ADUN Kementah telah membuatkan Si Mahfuz terdiam.
Malah, bukan setakat Dr. Masyitah sahaja yang menyokongnya. Ramai lagi pemimpin UMNO lain yang turut bersetuju dengan cadangan tersebut.
Ianya memandangkan Hukum Hudud Islam adalah jauh berbeza dengan Hudud PAS yang mengecualikan orang bukan Islam didalamnya. Maka sebab itu mereka bersetuju.
Secara keseluruhan, pemimpin UMNO yang ada hari ini mampu memahami perlaksanaan Hukum Hudud Islam secara menyeluruh tanpa sebarang penjelasan dari PAS.
Nak harapkan PAS bagi penjelasan? Jangan harap la!!! Diorang setakat bercakap je pandai, nak buatnya tak reti. Harap orang je faham sendiri.
Korang bayangkan. Sedangkan Hukum Islam pun boleh puak - puak PAS tu ubah ikut sesuka hati diorang je, inikan pulak benda lain. Lagi la diorang boleh ubah jugak!!!
Sekarang tiba giliran Si Mahfuz tu pulak dicabar untuk membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR ni. Amacam? Ada berani? Jangan setakat tau berbuih mulut nak cabar orang lain je Mahfuz oi!!!
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) tetap berpegang kepada persetujuan dicapai dalam Buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud di negara ini tidak terdapat dalam dasar yang dipersetujui bersama oleh parti komponennya, Pas, PKR dan DAP.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya hukum hudud dilaksanakan di Johor.
“Daripada sudut PR, kami masih berpegang kepada pendirian sebelum ini. Saya sedang meneliti kenyataan pelbagai pihak dalam isu ini,” katanya.
PR telah menyatakan pendiriannya secara bersama bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama.
ada kemungkinan hukum HUDUD hanya dapat dilaksanakan bukan saja diMALAYSIA malah diSELURUH DUNIA apabila turunnya ALMASIH[NABI ISA ALAIHISSALAM]dan IMAM MAHDI kedunia ini.MEREKALAH yang melaksanakannya.MEREKA melaksanakan hukum ini bukan melalui POLITIK tapi atas KEBENARAN.masa tu nanti tiada apa2 kuasa baik kuasa besar ke kuasa kecik ke yang ada dimuka bumi ini yang dapat menghalangnya kerana DIA[NABI ISA]adalah saorang NABI dan IMAM MAHDI ialah ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK akan tetap dilindungi olih ALLAH ketika MEREKA berjuang untuk menegakkan hukum HUDUD ini.WALLAHUALLAM.
BalasPadam