Ramai orang yang baca blog Semut ni marah sebab bagi nama yang bukan - bukan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang ni.
Bukan saja nak bagi nama macam Si Ketua Penipu, Si Biawak, Si Godfather, Si Whilchar dan sebagainya. Tapi hakikatnya diorang tu semua tak sedar diri.
Diorang tak sedar dengan tindakan yang diorang buat tu memberikan gambaran seperti nama yang Semut berikan kepada mereka sendiri.
Ada Ketua Pembangkang kuat betul Menipu. Ada Ketua Menteri kuat sangat cakap berbelit - belit. Ada Penasihat parti perangai macam Ketua Kongsi gelap.
Jadi, macam mana Semut tak bagi nama - nama macam tu kepada diorang? Dah diorang sendiri yang tempah, bukannya ada orang lain yang suruh!!! Kalau tak percaya, korang baca cerita kat bawah ni. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
GEORGETOWN: Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLU) menyokong tindakan penduduk Kampung Genting, Balik Pulau mempertahan tanah milik mereka daripada diambil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Genting, Shahril Ahmad berkata, surat yang ditulis Presiden AWLU, Barbara Hou itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.Shahril berkata, surat bertarikh 11 Julai itu menyatakan bahawa AWLU menolak pengambilan tanah tersebut atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk beserta geran.Menurutnya, AWLU enggan berdepan dengan sebarang masalah pada masa hadapan namun berasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah mengenepikan kepentingan penduduk negeri itu“AWLU hendakkan tanah yang kosong daripada kerajaan negeri bukan tanah yang ada penduduk," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.Shahril berkata, rentetan daripada surat penolakan itu, pertemuan telah diadakan pada 22 Julai lalu dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain.Guan Eng turut memberitahu penubuhan AWLU di Kampung Genting akan diubah di Pondok Upeh.Terdahulu kerajaan negeri bercadang untuk membuat pengambilan tanah seluas 100 ekar di kawasan kampung Genting untuk dibangunkan IPTS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.