Khamis, Julai 26, 2012


Kalau dulu, sebelum puak - puak Pakatan Pembangkang ni dapat memerintah Negeri - Negeri tertentu, tak de pulak kita dengar pengumuman pasal Bonus ni.

Yang biasa kita dengar hanya pihak Kerajaan Pusat je yang umum. Kerajaan negeri tak pulak sibuk - sibuk nak buat pengumuman yang sama.

Malah, sekarang pun, Negeri Kedah dan Kelantan tak ada pulak berselak - selak nak buat pengumuman berapa diorang akan bagi bonus kepada kakitangan awam.

Tapi, kenapa pulak dua Negeri ni macam seolah - olah nak berlumba dengan Kerajaan Pusat dalam soal pemberian bonus ni?

Apa pasal diorang sibuk - sibuk nak buat pengumuman dan bagi tau berapa banyak belanja yang diorang keluarkan untuk diberikan kepada rakyat?

Nampak sangat la tindakan diorang ni sengaja nak menunjuk - nunjuk kepada rakyat. Bukannya sebab diorang ikhlas sangat pun nak bantu.

Kalau diorang ikhlas, kenapa nak jugak keluar dalam media dan buat pengumuman sedemikian sedangkan Negeri lain tak de pulak buat?

Kan dah nampak sikap riak, ujub dan bangga diri lahir dalam jiwa pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Bukannya rakyat tak dapat lihat dan perhatikan telatah diorang.

Kalau kita tengok respon semalam yang diberikan oleh rakyat melalui laman - laman sosial, semuanya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat.

Semua sebab Kerajaan Pusat meluluskan pemberian bonus tersebut. Jadi, diorang ni pun nak jugak la rakyat ucap terima kasih pada diorang walaupun diorang tak ikhlas pun nak bagi sebenarnya!!!
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Pulau Pinang hari ini turut mengumumkan bonus Aidilfitri untuk kakitangan kerajaan negeri yang dipimpin mereka, menjadikan mereka bersaing dengan Barisan Nasional (BN) demi mendapat sokongan rakyat sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian sama kepada penjawat awam kerajaan.
Lim Guan Eng — Foto fail
Di George Town, Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bonus setengah bulan dengan kadar minimum adalah RM600 kepada 3780 kakitangan kerajaan negeri.
Beliau turut mengumumkan pembayaran RM300 kepada 10 penyelia dan 1,391 buruh. Kesemuanya menelan kos sejumlah RM3.9 juta.
Khalid Ibrahim — Foto fail
Di Selangir pula, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaannya akan membayar separuh bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam negeri.
Tambahan RM200 bonus turut dimasukkan ke dalam simpanan skim Selangorku untuk setiap kakitangan. Sementara tambahan RM200 lagi akan didepositkan ke dalam akaun Tabung Haji bagi beragama Islam, manakal untuk bukan Muslim, akan mendapat pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional.
Perbelanjaan itu akan menyaksikan Selangor menampung beban sejumlah RM20 juta.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kedah dan Kelantan kasi bonus air liur je la untuk Aidilfitri ni. Penjawat awam kat negeri ni pun tak kisah kalau tak dapat bonus. Asalkan undi hamPAS, syurga dah dapat, duit balak tok guru kaut dulu....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping