Sudah tentu korang masih ingat spekulasi yang tak masuk akal dibuat oleh PAS sebelum ini dimana diorang kata Pilihan Raya Umum akan dibuat dalam musim Haji.
Belum pun tiba musim Raya Aidil Adha yang juga dikenali sebagai Raya Korban, puak - puak Parti Angguk Saja ni dah pun mula meroyan tak tentu arah.
Hanya disebabkan seorang pemimpin mereka bangkit dan bersuara mempertahankan kesucian Islam, PAS sudah mula berkira - kira nak mengorbankan dia.
Adakah itu yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Kalau setakat suruh pemimpin masing - masing diam tatkala Islam dihina dan diperlekehkan, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.