Jumaat, Ogos 17, 2012


Ekoran kontroversi yang melanda filem Tanda Putera sejak trelernya yang hanya berdurasi 90 saat diedarkan di internet, sebagai salah seorang teraju utama bagi karya patriotik itu, pelakon Zizan Nin mengakui turut menerima tempias kontroversi tersebut.

Meskipun pada awalnya agak berat untuk aktor ini memberikan sebarang reaksi, namun demikian Zizan memberitahu dia juga menerima banyak cemuhan dan dikecam di laman Twitter sampaikan ke tahap diberi gelaran yang melampau oleh sesetengah pihak. 

"Saya tak mahu komen apa-apa mengenai kontroversi yang tercetus ni. Segalanya dah dijelaskan Shumi (Shuhaimi Baba) tadi. 

"Tapi Saya akui ada menerima cacian dan dicemuh di Twitter.  Sebagai pelakon, kami dah lali dengan kritikan mahupun persepsi segelintir pihak". 

"Ada yang memanggil saya 'anjing kerajaan'. Tapi saya okay saja. Biarlah. Mereka tak tonton pun lagi sudah buat penilaian dan kesimpulan. 

Sebagai seorang pelakon, saya profesional. Malah saya tak block pun mereka yang menghentam saya", ujarnya yang ditemui ketika sidang media pengumuman tarikh tayangan umum Tanda Putera, bertempat di hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam.

Dalam filem arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba itu, Zizan memengang watak sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail. 

Sementelah, ini bukanlah lakonan pertama Zizan menerusi karya patriotik. Sebelum ini, Zizan pernah diberi kepercayaan menginterpretasikan karakter mantan perdana Menteri, Tun Mahathir, dalam teater Tun Mahathir The Musical. 

Ketika ditanya mengenai perasaan mengenai tarikh tayangan yang telah ditetapkan iaitu pada 15 November depan, Zizan berkata,

"Sebagai pelakon, kami akur dengan keputusan yang telah dibuat, Saya berharap pencinta filem tempatan akan menonton filem ini. 

Saksikanlah Tanda Putera kerana ianya sebuah naskah yang jujur dan inilah masanya untuk anak-anak muda mengambil peluag memahami lagi sejarah negara kita".

Ps: Inilah sebenarnya gambaran mengenai sifat dan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Dan perkara ni pun bukan perkara baru.

Sejak dari dulu lagi diorang dah melabelkan orang dengan macam gelaran. Jadi, jangan salahkan orang lain kalau bagi gambaran yang sama jugak kepada diorang!!! Lagi pun, siapa suruh diorang cari penyakit!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping