Jumaat, Ogos 17, 2012


Halamak!!! Apa cerita pulak ni? Siapa pulak gerangannya Datuk Seri yang tengah dicari dek pihak Polis ni? Apa yang Datuk Seri tu dah buat?

Dengar kata Datuk Seri tu ada kaitan dengan satu kes yang berkaitan dengan seorang peniaga minuman. Peniaga tu katanya mati kena belasah dekat Seri Kembangan. Adakah Datuk Seri tu juga turut terlibat? Meh baca cerita selanjutnya dibawah ni!!!
SHAH ALAM: Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Difahamkan kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.

Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.

Sementara itu, Tun Hisan berkata seorang suspek lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang perempuan berusia 19 tahun di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong Isnin lepas.

Beliau berkata suspek berusia 26 tahun yang ada ikatan kekeluargaan dengan mangsa ditahan pada pukul 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang, semalam.

"Siasatan mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya.

Dalam kejadian Isnin lepas, mayat Sabturiah Faisal, 19, yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Mengikut laporan media, polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut, dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping