Rabu, Ogos 01, 2012


Herankan. Selama hari ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu sibuk mencanangkan kononnya diorang ni pejuang Kebebasan Hak Manusia.

Sebab itulah mereka ni menjadi tulang belakang kepada golongan LGBT. Termasuklah PKR dan PAS yang sering mendabik dada mengata mereka pejuang Islam tu.

Tapi, bila tiba bab persembahan ni, kenapa pulak perlu dihalang dan diadakan undang - undang untuk menghalangnya? 

Adakah itu tandanya mereka memberikan kebebasan Hak kepada setiap individu di Negara ini? Adakah itu isi perjuangan mereka?

Nah!!! Nampak sangat la dasar perjuangan untuk membebaskan hak ini hanya untuk sesetengah pihak sahaja. Kalau tak kena batang hidung diorang, tak boleh tuntut hak ni.

Hanya jika diorang yang buat, baru la hak tu boleh dituntut. Tu pasal la kita tengok kat Kelantan siap ada karaoke dengan pelayan seksi. Sebab diorang yang buat!!! Kalau orang lain, dah tentu kena balun!!!
Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal hiburan Murai.com berkesempatan mewawancara Dato' Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut. 

Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab.

"Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.

"Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. 

Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.

Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan di negeri itu, maka ianya telah menjadi isu.

"Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. 

Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

"Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. 

Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang," jawabnya
Categories:

1 ulasan:

  1. sebab Siti bukan Abby.....cecuba Siti jadi ahli Parti Artis Semalaysia (PAS) hal yg sebegitu pasti takkan terjadi...pas pis pus n put.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping