Itu adalah perkara yang pasti dan tak perlu dipertikaikan lagi. Tindakan dua orang awek cun tahap Hot Chick ni hanya memalukan PAS.
Mereka jelas tidak memerlukan sebarang tarbiah dari mana - mana parti politik untuk berhijrah. Mereka lakukannya atas dasar kesedaran diri sendiri.
Jadi, tak payah la Si Minah Pening tu nak kecoh sangat bila dia dah mula pakai tudung sebab hak dan ketentuan untuk memberikan hidayah kepada manusia ni adalah milik Allah S.W.T. Bukannya milik PAS!!!
MH Online telah mendapatkan pengesahan daripada Ayu Raudhah berhubung dirinya yang kini sudah berhijab.Ketika dihubungi sebentar tadi, Ayu memberitahu dia sudah lama berhajat untuk bertudung, namun hatinya baru terbuka apabila pulang dari mengerjakan umrah, awal Ogos lalu."Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini," ujar Ayu.Sementara itu, seorang lagi selebriti juga turut mengikut jejak yang sama. Beliau ialah bekas pengacara sensasi Nona, Nurul Syuhada.MH Online kongsikan gambar terbaru pengacara Malaysia Hari ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain yang kini telah mengenakan hijab.
Penghijrahan yang dilakukan pengacara ini nyata mendapat reaksi positif peminat-peminat apabila gambar yang dimuat naik di Facebook MHI TV3 ini telah mendapat pujian sambil berharap agar imej ini terus dikekalkan.
Tahniah MH Online ucapkan, semoga penghijrahan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan mendapat keredhaan daripada Allah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.