Selasa, Ogos 14, 2012


Ya!!! Kalau diikutkan perjuangan dan dasar bersama yang menjadi ketetapan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, mamat ni dah tentu takkan kena hukum.

Sebab sudah menjadi dasar bagi puak - puak Pakatan tu untuk memberikan Hak Kebebasan kepada semua rakyat melakukan apa sahaja semahu mereka.

Soal mereka, kenapa pulak mamat ni harus dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya? Dia bukan buat salah apa pun. Dia hanya menurut Hak Kebebasan dia sahaja.

Dan sudah tentu pihak Kerajaan PKR Negeri akan membiayai kos guaman mamat ni dalam kes yang sedang dihadapinya kini seperti mana yang sedang dihadapi oleh Si Rafizi Jambu ti.

Lagi pun, kes ni bukan ada 4 orang saksi untuk disabitkan dengan kesalahan. Jadi, jangan risau sangat la. Kalau Pakatan Pembangkang tu dapat memerintah kelak, mamat ni akan dibebaskan!!! Tapi, itu semua KALAU la diorang yang memerintah!!!
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang juruteknik yang didapati bersalah merogol seorang pelajar tingkatan dua, tiga tahun lepas.
Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan Mohd Sharil Affendi Anbiah, 25, menjalani hukuman mulai hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Esther Tan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan kes itu selesai, dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM7,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Sharil didakwa merogol pelajar itu di sebuah rumah di kawasan Puchong pada 24 Mac 2009, antara 10.30 malam hingga 5.00 pagi esoknya, mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhya Syazwani Izyan Mohd Akhir.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping