Selasa, Ogos 14, 2012


Huh!!! Kalau baca tajuk kat atas ni, mesti korang pun takkan percaya dengan kenyataan tersebut ye tak. Ye la, mana mungkin Si Ratu BAF tu nak setuju dengan Kerajaan BN.

Dah agak lama jugak kita tak mencucuk Si Ratu Bangkang, Auta dan Fitnah ni. Terasa pulak gatal tangan nak membidas kenyataan yang dikeluarkannya.

Hari ni, meh kita hilangkan sikit rasa lenguh - lenguh bahu dengan melihat dan menilai sendiri kenyataan yang kurang cerdik hasil tulisan Si Nurul Izzah ni.

Dalam karangan bertaraf PMR yang ditulis oleh Si Nurul Izzah ni, dia memberikan tajuk; 'Kita Berhak Mintak Kerajaan Tunai Janji'.

Betul benar tajuk yang diberikan tu. Rakyat memang ada hak untuk tuntut janji dari pihak Kerajaan. Tinggal lagi, janji yang dituntut tu dah ditunaikan ke belum?

Rasanya, setakat ini semuanya dah ditunaikan untuk kesenangan dan keselesaan rakyat. Maka sebab itu rakyat Malaysia hari ini sentiasa berkembang.

Kalau la Kerajaan sedia ada tak tunaikan janji mereka, adakah mampu rakyat Malaysia mencapai tahap seperti hari ini/ Dah tentu la tidak.

Dalam karangan Si Nurul Izzah turut menyatakan bahawa adalah tanggungjawab Kerajaan serata dunia untuk menyediakan prasarana untuk rakyat.

Diantaranya seperti, jalanraya, sekolah dan BR1M. Kenapa pulak dia tak panjangkan lagi senarai tu? Kenapa dia setakat bagi 3 je?

Bukankah pihak Kerajaan juga turut menyediakan Hospital, Universiti, prasarana untuk rakyat berniaga, beriadah dan bersantai bersama keluarga?

Tidak kurang juga pihak Kerajaan turut memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih sebelum dibekalkan kepada rakyat agar dapat menjamin kesihatan mereka.

Dan persoalan utamanya, adakah pihak Kerajaan tidak menunaikan perkara - perkara tersebut kepada rakyat agar ianya menjadi kemudahan buat mereka?

Heran jugak. Kenapa semua tu dia tak nampak tapi yang dia nampak hanya angka dan nombor - nombor sahaja. Dia tak nampak pulak benda lain disebaliknya.

Dia mempertikaikan pasal konsesi tol dan lebuh raya. Pihak konsesi tu tak bayar duit ke kepada Kerajaan? Dan bukan ke duit tu digunakan untuk rakyat jugak?

Mungkin Nurul lupa bahawa Kerajaan juga perlu membayar gaji kepada semua kakitangan kerajaan yang berkhidmat dalam sektor awam. 

Tanpa konsesi seperti ini, mana Kerajaan nak dapat duit? Lain la ceritanya kalau konsesi tu tak bayar lansung kepada Kerajaan. Yang tu, boleh jugak la dia nak pertikaikan.

Sudah la Nurul. Tak payah la nak susah - susah perah otak nak mempertikaikan semua benda yang Kerajaan dah buat untuk rakyat. Kalau Kerajaan buat pun, diorang ikhlas. 

Tak de la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Baru buat kerja sikit, habis satu Malaysia kecoh. Padahal, banyak lagi benda lain yang tak ditunaikannya. Kalau setakat bercakap je apa kejadahnya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. eh dekat bn jer ke berhak tunaikan janji dekat pakatan rakyat haram tak perlu kita tuntut tunaikan janji

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping