TIDAK ada apa yang lebih bermakna selain dapat memberi kemaafan tiap apa jua kesalahan yang dilakukan. Jiwa yang suci adalah jiwa yang bersih dari segala noda. Andai kata terpalit secalit dendam, maka robeklah kesucian jiwa seperti yang didambakan.
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari segala kesalahan. Kesilapan yang kita lakukan ada kalanya tanpa disedari dan akhirnya akan bertukar menjadi igauan buruk yang akan terus menghantui jiwa nurani.
Tidak mahu terus terheret dalam permainan emosi yang tidak berpenghujung, tiga jiwa ini tekad untuk memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
Biarpun nada ketiga-tiga jiwa ini berbeza-beza, keikhlasan mereka memaafkan kesilapan orang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Tidak salah jika kita katakan mereka bertiga mempunya ‘sejarah’ cerita yang panas-panas. Seringkali dihentam dan dikritik melalui pelbagai cara, jiwa mereka tidak pernah tunduk kalah pada kata nista orang.
Bagi Neelofa, Shila Amzah dan Nurfathia, katalah apa sahaja pada mereka. Kata-kata nista akan mereka balas dengan senyuman dan kejayaan setelah bekerja keras. Orang yang berusaha pasti mendapat ganjaran, kata mereka sepakat.
Menjadi antara pelakon paling cepat popular dan pelakon yang paling popular ketika ini, Neelofa tidak terkecuali dihujani dengan cerita-cerita panas. Bagai tidak putus-putus menerima tempias pelbagai andaian dan spekulasi, dia sebenarnya cukup tegar.
“Apa lagi yang orang tidak bercakap mengenai saya? Pantang ada cerita pasal saya sahaja orang akan cakap macam-macam. Orang tak pernah tanya kebenaran terlebih dahulu dan terus tuduh Neelofa itu dan ini.
“Yang paling teruk bila cerita-cerita ini macam tak ada kesudahan. Saya tidak boleh lupa dengan apa yang telah terjadi, tapi dalam masa yang sama saya masih mampu memaafkan apa juga perbuatan jahat orang kepada saya andai kata dia datang meminta maaf.
“Besar atau kecil kesalahan mereka bukan jadi kayu pengukur memandangkan rasa bersalah dan benar-benar ikhlas itu yang paling penting. Kalau benar orang yang buat salah itu menyesal akan perbuatannya, saya tetap akan maafkan dia.
“Saya bukan jenis orang yang suka memanjangkan perkara yang kecil. Lagipun tidak elok nak berdendam lama-lama," kata Neelofa yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah.
Bakal menyertai Tune Record tidak lama lagi, Neelofa hanya bercuti lima hari sempena Syawal dan meraikannya di kampung kelahirannya Pasir Mas, Kelantan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.