Rabu, Ogos 22, 2012



Kalau selama ini dia membisu seribu bahasa, namun dramatis popular, Norish Karman akhirnya membuka mulut memberitahu bahwa bayi yang selama ini menjadi tanda tanya ramai sejak tersebarnya sekeping gambar di internet, adalah anaknya.

Berkata kepada akhbar Utusan Malaysia semalam, Norish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.

Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandungnya.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”, katanya.

Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”

Norish turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.

“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujarnya lagi.

Ps: Hah! Kan senang kalau dia mengaku je. Tak de la orang buat spekulasi yang bukan - bukan. Kan orang dah kata, Berani Kerana Benar.

Jangan dia jadi macam Si Ketua Penipu tu sudah la. Dok nafikan benda yang dah sedia ada bukti. Bila orang suruh buat sebaliknya, dia bagi banyak sangat alasan!!! Kalau dah Kaki Penipu tu Penipu la jugak!!!

Categories:

1 ulasan:

  1. Senang sungguh cakap 'urusan antara saya, keluarga dan Allah'. Adakah tunggu mati baru boleh di saman di mahkamah akhirat? Macam tu tak payahlah ada undang2 dunia.

    Sendiri buat sendiri tanggung, orang lain jangan masuk campur. Aku punya kubur apa korang peduli.

    Jiwa mat rempit sungguh pompuan ni!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping