Sekarang baru la kita tahu. Kebenaran semakin hari kian terserlah. Kebatilan juga makin hari makin menampakkan rupa wajah mereka yang sebenarnya.
Segala persoalan yang timbul sebelum ini seolah - olah sudah semakin mudah untuk dijawab. Yang tersimpul sudah terungkai. Yang tertutup sudah pun terdedah.
Malah ianya hampir membogelkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Sekarang, kita dah tau kenapa Si Raja Tikus tu lari meninggalkan Negara dulu.
Sebaik sahaja dia didakwa dimahkamah ekoran artikel berbaur fitnah yang dilemparkan sebelum ini, Si Raja Tikus tu mula menikus dan cabut lari.
Rupanya dia sendiri tau. Kalau dia tinggal lagi di Malaysia, dah tentu dia akan terus merengkok dalam penjara macam Si Ketua Penipu tu dulu.
Mungkin sekarang ni dia jugak akan menjadi Kambing Hitam kepada puak - puak Pakatan Pembangkang tu walaupun hakikatnya dia berkulit putih!!!
Apa yang didakwa oleh Si Raja Tikus tu sebelum ini hanyalah satu rekaan yang dicipta oleh puak - puak Pakatan Pembangkang itu sahaja.
Mungkin sebab itulah puak - puak Pakatan Pembangkang ni tak berani nak ambik tindakan terhadap dia. Mereka hanya mampu menafikan dakwaannya sahaja.
Persoalannya sekarag, kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu takut nak ambik tindakan terhadap Si Raja Tikus tu?
Adakah dia terlalu kebal untuk diambil tindakan sedemikian? Atau mereka takut tembelang mereka akan lebih banyak terbongkar kelak?
Tapi, apa nak heran ye tak. Dah menjadi norma bagi puak - puak Pakatan ni untuk menipu dan menabur fitnah setiap hari. Nak pulak dikalangan pemimpin - pemimpin mereka sendiri. Lagi pun, memang itu je yang diorang tau buat pun!!! Bukannya diorang ada kerja lain!!!
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menuduh Raja Petra Kamaruddin berniat jahat dengan mereka-reka cerita mengenainya dan beberapa pemimpin pembangkang lain berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Katanya, pengendali portal propembangkang itu cuba memutarbelitkan isu melibatkannya termasuk beberapa pemimpin pembangkang lain menerusi laporanThe Day I Met P. Balasubramaniam (siri 3) dalam portal malaysia-today.net Jumaat lalu."Raja Petra sekali lagi memutarbelitkan fakta semata-mata untuk menjadikan sesuatu laporan itu menarik. Bagaimanapun, mengenali beliau, penipuan tetap penipuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.