Sebenarnya, itulah yang nak dinyatakan oleh Mamat yang menjadi Ketua PKR di Kelantan ni sebenarnya. Dia nak kutuk parti dia sendiri.
Tapi, mungkin dia tak sampai hati, jadi dia tuduh la UMNO yang sudah kehabisan modal untuk berpolitik. Hakikatnya, PKR sendiri dah Bankrap Idea.
Walaupun mereka mendakwa UMNO hanya bermain Politik untuk menyelesaikan isu Royalti minyak di Kelantan, tetapi dalam masa yang sama diorang pun buat benda yang sama.
Bukan ke diorang jugak ada berjanji untuk selesaikan masalah berkaitan dengan isu royalti minyak ni KALAU diorang menang dalam Pilihan Raya akan datang?
Jadi, apa bezanya kalau Kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara tersebut sekarang daripada nak tunggu puak - puak Pakatan tu ambik tindakan kemudian?
Diorang pun belum tentu dapat merampas Putrajaya dan ianya adalah sesuatu yang cukup mustahil untuk dilakukan oleh mereka. Perkara tu tak perlu lagi nak dipertikaikan.
Disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mamat tu, sebenarnya mereka yang akan ketandusan idea untuk berpolitik sekiranya isu tersebut diselesaikan kelak.
Apa lagi modal yang diorang boleh gunakan kalau isu tu selesai? Apa lagi bahan untuk mereka memfitnah Kerajaan Pusat menjelang Pilihan Raya akan datang?
Jadi, tak usah la diorang sekadar menunding jari pada orang lain sedangkan diri sendiri pun tak mampu nak buat kerja sendiri!!! Buat malu je dengan orang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.