ADA artis yang dulunya malu-malu kucing nak bercakap, sekarang dah jadi ‘ustazah’. Siapa lagi kalau bukan Abby Abadi yang dulu bukan main susah nak bercakap masa dia jadi gadis pembuka abjad dalam siri Roda Impian.
Sebagai penulis skrip, saya selalunya bergantung banyak pada Halim Othman untuk bagi "punch line" masa penutup show.
Selalunya yang bercakap hanya Halim sebab Abby susah bercakap mengalahkan ada emas dalam mulut.Lebih-lebih dia senyum pada kamera.
Tapi bak kata Tan Sri SM Salim, dulu lain, sekarang lain. Maklumlah sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak manusia.
Macam tak percaya pulak sebab Abby bukan saja banyak komen dalam twitter bahkan dah naik pentas bagi ceramah. Ada orang dah panggil dia ‘ustazah’!
Wah! Biar betul, dulu payah bebenar nak bukak. Tapi iyelah, zaman Roda Impian tu, dia malu-malu sebab masa tu dia gadis sunti.
Orang kata Abby bukan main ligat lagi dalam parti yang dia masuk. Sampaikan ada gosip dan sebagainya.
Tak apalah, bab masuk parti mana pun, itu hak dia, lagipun Malaysia ini negara demokrasi. Masuklah parti mana pun, parti tupperware ke baik, tapi tak payahlah meroyan bagai.
Maaflah ye Arbaiyah, oops, ‘ustazah’ Abby. Hijrah itu baik tapi biarlah ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah, hati dan amalan.
Bila kita berubah, sudah tentunya ia untuk kebaikan diri. Ada orang berhijrah secara diam kerana bila bercakap berdegar-degar, bimbang disalah tafsir jadi riak pula. Mungkin niat tidak begitu, tetapi tafsiran orang pelbagai.
Abby pernah tweet pasal tudung dengan bertanya apa rasa orang yang tak bertudung. Alahai, ‘ustazah’, awak pun bukan dulu free hair jugak, tentu berbulu bila orang sindir-sindir begitu kerana ia bukan cara berdakwah yang cerdik.
Sebab orang akan tempelak kita balik dengan sejarah zaman jahiliah kita sendiri...maklumlah setiap dari kita bukan lahir-lahir saja dah berhijab, betul tak ‘ustazah’?
Itu bab tudung, lepas itu ‘ustazah’ kita ni, bagaikan dahagakan perhatian, tweet pulak pasal sukarnya dia dapat job selepas bertudung.
Dia kemudian berkempen pulak untuk parti yang dia baru masuk itu kononnya orang bertudung sepertinya sukar mendapat pekerjaan, jika kerajaan yang sedia ada terus memerintah.
Dalam suasana dan semangat bulan Ramadhan ni memang tak baik nak mengata orang. Dengar cerita ramai rakan-rakan artis pun naik bengang dengan statement Abby yang 'over' melampau ini. - seterusnya...
Ps: Inilah masalahnya bila seseorang tu mula Ujub, Riak dan Sombong ddengan Hidayah yang diberikan Allah S.W.T.
Apa sahaja yang dia buat pasti akan dibongkarkan oleh orang lain. Sepatutnya, bila dah berhijrah, dia lebih banyak diam dari banyak bercakap dan tak menunjuk - nunjuk macam orang Gila Isim!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.