Ahad, Ogos 26, 2012



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan DAP Pulau Pinang mahu membentangkan undang-undang anti lompat parti sebagai satu bentuk menyekat kebebasan seseorang individu itu.

Sambil mempersoalkan tindakan tersebut, tegas Dr. Mahathir, undang-undang itu tidak perlu memandangkan pergolakan dalaman parti bukan hanya berlaku di pihak DAP malah UMNO, Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pergolakan dalaman parti memang berlaku. Dalam UMNO ada, Pas ada, Keadilan (PKR) ada, DAP pun ada. Sebab itu dia (DAP) nak buat undang-undang anti lompat.

"Tapi undang-undang itu tak kena kerana kita bebas. Kita nak liberal, boleh cakap apa-apa. Itu kebebasan kita. Pasal apa nak sekat kebebasan orang yang nak lompat (parti)," kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di kediaman mereka di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membentangkan undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung November ini.

Ps: Patut la sampai hari ni PKR tak bersuara lansung mengenai isu ni. Selama hari ni pun, diorang jugak yang dok sibuk menganjurkan acar Lompat Parti ni.

Tapi, bila DAPigs buat cadangan nak menguatkuasakan perkara tersebut, PKR diam tak bersuara. Rupanya, diorang pun dah songeh.

Kalau baca balik apa yang Tun Mahathir cakap ni ada betul jugak. Selama hari ni, puak - puak Pakatan tu jugak yang dok perjuangkan Hak Kebebasan Individu ni.

Sampaikan dosa pun sanggup dihalalkan semata - mata nak bagi Hak Kebebasan tersebut. Sekarang, dah terbalik pulak. Diorang pulak yang nak sekat. Pejuang menda jadahnya kalau macam tu!!! Kalau setakat cakap je baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping