Rabu, Ogos 15, 2012


Semalam ada orang kecoh cerita pasal MB Pahang bertemu dan beramah mesra dengan Ahli Parlimen PKR Kuatan yang sedang menjaja bubur lambuk didepan pejabat SUK.

Kelihatan wajah MB Pahang tu cukup ceria menerima bubur lambuk dan juga kad raya daripada Si Fuziah tu walaupun mereka berbeza fahaman Politik.

Malam semalam juga, YAB Menteri Besar turut menerima kunjungan dari sebuah Sekolah Mahad Tahfiz yang dikelolakan oleh seorang pemimpin PAS.

Hari ini pulak, dilaman - laman blog, sudah ramai orang yang memainkan cerita pasal pertemuan diantara YAB Datuk Seri Najib bersama dengan YB Nasharuddin Mat Isa.


Moralnya, pemimpin - pemimpin atasan ni tak de masalah pun sesama mereka sendiri. Yang berbezanya hanya fahaman Politik semata - mata.

Tinggal lagi, yang menjadi persoalan utama ialah kenapa orang dibawah ni yang teruk sangat sampai berlaga bahu pun masih tak bertegur sapa?

Sehingga ada seorang pemimpin diperingkat cawangan tu sanggup lari menuju ke arah yang bertentangan semata - mata tak nak bertembung dengan orang yang berlainan bendera.

Sampai bila sifat sebegini hendak diteruskan dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya sesama umat Islam? Kenapa perkara ini berlaku dan dimana silap sebenarnya?

Pantang nampak orang tu orang UMNO dan berjaya sikit, mula la ada puak yang buat cerita yang bukan - bukan mengatakan yang dia dapat projek itu ini.

Malah, ada jugak dikalangan pemimpin Pembangkang tu sendiri menerima nasib yang sama hanya semata - mata kerana dia baik dengan pemimpin Barisan.

Kata la orang tu dapat taik itu la, projek ini la. Macam - macam cerita keluar sampaikan ada yang sanggup mengHARAMkan pendapatan serta rezeki orang lain kerana tak menyokong mereka. Soalnya sampai bila fenomena ni akan berterusan? Yang itu, korang fikir la sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping