Sabtu, September 15, 2012


Mahu atau tidak, Si Ketua Penipu tu dan konco - konco dia semua kena terima hakikat ini. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya memang dah benci pada dia.

Mereka dah muak dengan 'Politiking' yang menjadi amalan serta norma bagi puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak, kalau mereka setakat bercakap je pandai.

Tapi bila disuruh buat, satu hapah pun diorang tak mampu nak laksanakan. Itulah sebenarnya yang nak ditonjolkan oleh rakyat kepada Si Ketua Penipu tu.

Tinggal lagi, Si Ketua Penipu ni jenis manusia yang tak reti bahasa. Tak mampu nak terima kebenaran. Itu sebab la dia tuduh orang lain yang rasa tertekan.

Kata dia, disebabkan rakyat 'menerima' kehadiran Pakatan, maka ia membuatkan penyokong - penyokong BN bertindak diluar kawalan.
SKUDAI - Insiden bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat yang disimbah cat di Tangkak, kelmarin dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang berasa tergugat dengan penerimaan rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mendisiplinkan penyokong mereka.

“Saya sering kali mengingatkan penyokong PR bahawa perbuatan seperti ini adalah provokasi samseng. Mereka mahu kita bergaduh, bertumbuk.

"Tapi kita takkan buat begitu. Kita akan tetap kalahkan mereka dan menawan Putrajaya," katanya.
Wah!!! Kalau macam tu, kita boleh la kata benda yang sama jugak kepada diorang ni. Sebab sebelum ini pun diorang buat jugak benda yang sama.

Kepala Tengkorak Dia la bila dia kata yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak pernah lakukan perkara seumpama itu sebelum ini. Adakah dia lupa kes di Permatang Pasir?

Adakah dia nak rakyat lupa kisah di Permatang Pauh? Atau adakah dia nak orang lupa keganasan Pakatan di Bagan Pinang? Semua tu membuktikan mereka juga tertekan.

Kalau nak serang orang, diorang takut pulak dilaporkan kepada pihak Polis. Maka sebab itulah mereka serang kenderaan Barisan. Habis cermin kereta dipecahkannya.

Di Bagan Pinang, van yang ada logo UMNO habis kena sepak terajang dan dihempuk dengan kayu bendera. Itu tak 'ganas' namanya?

Sudah la!!! Jangan la asyik sangat nak menipu rakyat ni. Kalau setakat cakap je pandai, buat apa? Mengabihkan masa je!!! Kot ye pun kemaruk nak merampas Putrajaya, jangan la jadi paku dulang serpih!!! Sedar la diri tu woi!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. buat apa simbah cat kat bas, simbah je cat kat muka anwar. padan muka dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping