Isnin, September 10, 2012


Tak pasti la pulak kisah dibawah ni ditulis untuk siapa. Tapi, kalau dibaca, memang kena sangat la dengan Si Minah Pening tu. Nak pulak dia sekarang ni dah tak sedar diri.

Jadi, memang patut pun dia baca kisah dibawah ni. Tinggal lagi, terpulang pada dia la sama ada nak terima atau tidak apa yang disampaikan. Tapi kalau dah memang jenis Bebal tu, Bebal la jugak!!!
“Apa?? Ahli muzik????….Pantang datuk nenek aku bermenantukan ahli muzik!!!” 
Aku rasa pasti korang ingat pada dialog diatas yg dipetik dari filem P.Ramlee judul Ibu Mertuaku. Dialog tersebut sedikit sebanyak telah meletakkan kerjaya pemuzik/penyanyi di kasta yang paling bawah sekali
Dizaman filem itu diterbitkan mungkin dialog tersebut masih relevan, tetapi dizaman sekarang ini …pada aku ianya tidak berapa relevan lagi.Kerjaya menyanyi dan pemuzik dizaman ini lebih terjamin.
Kerjaya seni dizaman ini sama seperti kerjaya profesional yang lain. Kini banyak IPTA/IPTS menawarkan kursus kursus seni dan persembahan
Namun begitu seperti kerjaya yang lain ianya juga berisiko, pun begitu setiap kerja yang dilakukan dengan penuh dedikasi, sentiasa meningkatkan mutu kerjaya, menambah ilmu dalam bidang yg diceburi insyaalah boleh berjaya walau apapun kerjaya yg dimiliki
Kini artis dibayar dengan bayaran yang agak setimpal dan tidak keterlaluan jika aku katakan bayaran yang agak luxurious .Menurut sumber yg boleh dipercayai bayaran yg diterima oleh artis popular (yg mukanya sentiasa keluar tv/majalah,lagu berada didalam top chart) boleh mencapai sehingga RM12K untuk setengah jam persembahan, kalau dah  masuk AJL dan menang ianya boleh capai RM20-RM30k untuk setengah jam ke sejam
Selain dari bayaran untuk persembahan, bayaran untuk penajaan juga pun boleh tahan mewahnya.Berapa? Hohoho u all cari sendiri la yer!!
Bayaran tahunan untuk royalti juga memberangsangkan jika artis mempunyai koleksi lagu2 popular yang banyak. Singer/Songwriter seperti M.Nasir, Yuna, Najwa Latif, Noh Hujan, Ajai adalah beberapa nama yang sentiasa score tiap kali imbuhan royalti diumumkan dan barang diingat, bayaran royalti ni  akan sentiasa dibayar sampai bila2 dan boleh diwarisi oleh anak cucu
Mungkin ada yg berkata, artis tgh popular memang la boleh buat duit tapi berapa lama boleh tahan populariti itu?..Ya, memang ada benarnya, well pada pendapat aku, masa tengah popular tu lah nak buat duit kaw kaw, mana ada lubang buat duit buat jer, buka bisnes, melabur dalam hartanah atau sebagainya.. lihat saja Mawi, walau dah agak kurang popular namun masa depan beliau dah terjamin saya kira.
Kesimpulannya disini, kerjaya seni dizaman ini bukan satu kerjaya yang boleh dipandang rendah kerana kerjaya seni sama jugak tarafnya dengan kerjaya profesional yg lain seperti doktor,peguam, jurutera dsb - sumber
Ps: Dalam erti kata lainnya, bersyukur dengan apa yang ada. Bukannya kerja nak salahkan orang lain je. Rezeki ni ketentuan Allah. Kot nak salahkan orang lain, sama la dia menyalahkan Allah juga. Itu pun tak faham, tak tau nak cakap apa la!!! 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping