Jumaat, September 07, 2012


Ps: Diorang ni dah tak jadi ahli PKR pun masih nak buat kecoh jugak ke? Tapi nak buat macam mana ye tak. Itu sebab la orang kata PKR ni Parti Kecoh Ramai!!! Lagi pun, itu je yang diorang tau buat pun!!! Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
KUALA LUMPUR - Bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd Noor, memfailkan saman berjumlah RM10 juta terhadap syarikat insurans Etiqa Takaful Berhad kerana didakwa menggantung jawatannya sebagai Pengurus Agensi Kumpulan syarikat itu secara salah.
   
Beliau memfailkan saman itu pada 10 Ogos di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Amir Khusyairi & Associates dengan menamakan Etiqa Takaful Berhad sebagai defendan.
   
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam. Peguam Amir Khusyairi Mohammad Tasni mewakili Mohammad Agos manakala peguam Norazmi Norazman mewakili syarikat insurans itu.
   
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Agos mendakwa beliau telah dilantik oleh Etiqa Takaful pada 1 Julai 2003, bagaimanapun digantung perkhidmatannya sebagai ejen dan pengurus agensi kumpulan kepada syarikat itu atas alasan terlibat dengan kes rasuah mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
   
Beliau berkata melalui surat penjanjian Pengurus Agensi, Penjanjian Takaful Keluarga dan Perjanjian Pengurus Kumpulan tidak memberi kuasa kepada syarikat tersebut untuk menggantungnya sebagai ejen dan sebagai Pengurus Agensi Kumpulan.
 
Mohammad Agos, 53, mendakwa penggantungan tersebut dilakukan secara salah, tidak teratur dan tidak sah.
   
Beliau mendakwa tindakan kes jenayah terhadap dirinya telah selesai selepas Hakim Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan rasuah pada 2 November 2011.
   
Mohammad Agos memohon ganti rugi am, faedah sebanyak lima peratus setahun, ganti rugi teladan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
   
Sementara itu, seorang lagi ejen insurans syarikat yang sama turut memfailkan saman yang berlainan berjumlah RM10 juta terhadap syarikat Etika Takaful itu atas dakwaan menamatkan perkhidmatannya secara salah, tidak teratur dan tidak sah.
   
Noordeena Razali, 40, yang turut diwakili peguam Amir Khusyairi, mendakwa perkhidmatannya ditamatkan pada 28 Mac 2011 atas alasan beliau telah melanggar peraturan syarikat itu.
   
Noordeena menuntut ganti rugi am, faedah sebanyak lima peratus setahun, ganti rugi teladan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping