Apa tindakan yang akan dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni nanti agaknya ye? Adakah mereka akan ikur saranan kajian dibawah ni?
Kalau diikutkan, perbalahan mengenai Hukum Hudud ni masih lagi berlanjutan dan melibatkan DAPigs dan PAS secara terang - terangan.
Adakah PAS akan gugurkan perjuangan untuk melaksanakan Hudud dan ikut telunjuk DAPigs? Atau adakah DAPigs akan buat tak tau je kalau PAS nak laksanakan Hudud ni?
Apa - apa pun, kedua - dua parti memang tak sehaluan dalam dasar perjuangan mereka. Memang takkan mampu diorang nak memerintah kalau berterusan macam ni. Kalau dapat memerintah pun, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!
SHAH ALAM - Isu berkenaan hukum hudud masih dilihat sebagai perkara yang boleh menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan bahawa sekitar 40 peratus responden kalangan pengundi Melayu, Cina dan India percaya bahawa isu pelaksanaan hudud akan menjejaskan kesepakatan parti-parti dalam PR.Dari segi pendirian responden, 39 peratus pengundi Melayu memihak kepada soalan itu, dan ia disusuli 40 peratus (Cina) dan 42 peratus (India).Dalam pada itu, 33 peratus pengundi Melayu tidak setuju dengan soalan berkenaan. Paras pengundi Cina dan India tidak bersetuju masing-masing sebanyak 26 peratus dan 14 peratus.Peratusan tidak pasti pula sebanyak 28 peratus (Melayu), 33 peratus (Cina) dan 44 peratus (India).Hasil kajian Umcedel ini dikeluarkan ketika polemik mengenai hukum hudud, yang enakmennya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas dua dekad lalu, berterusan, lebih-lebih ketika ramai meramalkan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.Yang terbaru semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, kerana pendirian parti itu menolak hukum hudud.Bulan lalu, Nasharudin minta Pas keluar PR kerana Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terus menentang pelaksanaan hukum hudud.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.