Di kala dirinya tidak putus-putus dikaitkan dengan pelbagai cerita panas Neelofa memberitahu, hal itu tidak pernah menjejaskan rezekinya dalam bidang lakonan.
Menurut pelakon utama drama bersiri Kau Yang Terindah ini, lakonan bukan sekadar cabang pekerjaan tetapi ada misi yang mahu dicapainya.
"Setakat ini saya masih menerima tawaran namun ada suatu ketika saya terpaksa menolak kerana jadual yang agak ketat.
Bagaimanapun setakat ini saya sangat bertuah untuk di beri peluang berada di bawah pengarahan beberapa nama besar yang sekian lama saya idamkan seperti Erma Fatimah dan Osman Ali," katanya.
Dengan wajahnya menghiasi setiap papan iklan, program televisyen, drama dan filem Neelofa menegaskan bahawa dia tidak tamak sebaliknya percaya sebagai orang baru dia perlu berusaha keras memahat nama dalam industri ini.
"Ini antara langkah yang saya ambil untuk mengukuhkan nama saya. Bagi saya belum masanya untuk saya meletakkan syarat di dalam karier saya," katanya.
Tahu tidak selamanya bidang lakonan akan menjadi periuk nasinya, Neelofa kini mempunyai agenda tersendiri di dalam menjamin masa hadapan.
Menurut Neelofa, dia kini sedang mengusahakan beberapa perniagaan miliknya sendiri.
"Saya tahu tidak selamanya saya akan diperlukan. Jadi kesempatan itu saya ambil untuk masa depan saya, bagaimanapun buat masa ini saya hanya mahu membiarkan ia berjalan secara rahsia dahulu," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.