Memalukan. Baru kena 'Ugut' sikit je, dah meraung - raung mengalahkan budak kecik. Tak malu ke diorang ni nak mendabik diri jadi pemimpin yang jaga Kebajikan Rakyat.
Walhal, yang buat masalah diorang jugak sebenarnya. Bukan orang lain. Diorang jugak yang bongkak, sombong dan bangga diri dengan pemberian orang lain.
Orang nak tolong, diorang ludah balik. Diorang maki hamun dan politikkan isu sedangkan ianya untuk kepentingan rakyat. Bukan untuk kepentingan orang lain.
Ibarat orang bagi susu, diorang balas pulak dengan tuba. Lepas tu bagi la alasan yang bukan - bukan untuk 'cover' malu. Sekarang, dah terkencing dalam seluar.
Soalnya sekarang, semua ni salah siapa kalau bukan salah diorang sendiri? Siapa yang nak lengah - lengahkan projek Langat 2 ni? Siapa yang nak pinggirkan rakyat sendiri?
Padahal diorang sendiri mengaku kata air ni satu keperluan untuk rakyat, tapi dalam masa yang sama, diorang jugak yang tolak. Jadi, jangan la nak salahkan orang lain pulak!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob,tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che'gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap kenyataan Adnan untuk membatalkan perjanjian konsesi air antara Pahang dengan Selangor sebagai satu ugutan untuk merealisasikan bencana krisis air di Selangor.
Semalam, Xavier yang juga adalah Exco Kesihatan,Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin secara terbuka menyambut baik kenyataan MB Pahang itu sambil menegaskan sumber air mentah tidak pernah menjadi persoalan kerana ia masih mencukupi.
Menurut Xavier lagi,kerajaan PKR Selangor juga cukup gembira sekiranya keputusan membatalkan perjanjian konsesi air itu dimuktamadkan segera kerana ia dapat mengelakkan Selangor daripada membayar harga air mentah bernilai RM60 juta setahun kepada Pahang.
Bila saya baca berkali-kali kenyataan Exco negeri separa masak yang bernada sombong ini,tentu sekali akan mengingatkan kita pada satu kenyataan rasmi dari ketuanya pada 27 Mei 2012 lalu berkaitan sumber air mentah untuk kegunaan negeri Selangor. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.