Heran jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Apa pasal diorang tak suka sangat dengan orang yang dedahkan Kebenaran ni?
Tindakan diorang seolah - olah menganggap Kebenaran tu sebagai satu virus yang perlu dijauhi dan diperangi habis - habisan.
Kalau Kebenaran tu dibiarkan, nanti ia akan jadi kanser yang mampu membunuh karier Politik mereka secara lansung. Hakikatnya, Kebenaran itu memang membunuh.
Karier Politik diorang pun memang dah lama terkubur. Lama kelamaan, rakyat akan nampak jugak Kebenarannya dan sedar siapa mereka yang sebenarnya.
Semuanya bermula dengan Si Ketua Penipu tu dimana dia masih enggan mengambil tindakan terhadap pendedahan yang dilakukan oleh rakan - rakan dia selama hari ini.
Kenapa dia tak saman Datuk Eskay, atau ambik tindakan terhadap Ummi Hafilda yang mendedahkan mengenai tabiat buruk dia selama ini?
Jadi, tak heran la kalau Si Mansor ni pun akan ikut jejak langkah Si Ketua Penipu tu jugak. Dia pun bakal menghapuskan Kebenaran dari diketahui oleh orang lain.
Mungkin diorang ni dah terkena sindrom Anti Kebenaran kot. Itu pasal la diorang ni mudah sangat meroyan tak tentu arah bila orang sebut pasal Kebenaran ni.
Yang tambah menghairankan ialah diorang ni nak perjuangkan Hak Kebebasan Bersuara. Tapi kenapa Si Mansor ni takut sangat perbualan dia tu didedahkan?
Kalau nak diikutkan, dia bukan buat salah pun. Dia setakat mempergunakan Hak Kebebasan dia je untuk menyuarakan pandangan dia terhadap Si Tokong Biawak tu sahaja. Takkan la itu pun salah jugak kot!!!
GEORGETOWN - Susulan pendedahan rakaman suara dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang seperti yang disiarkan sebuah televisyen malam kelmarin, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman ‘diserbu’ media bagi mendapatkan pengesahan terhadap rakaman suara itu.
Mansor yang menghadiri Majlis Penyerahan Pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Fasa 3) bagai sudah menduga kehadiran media di majlis berkenaan untuk mendapatkan pengesahannya berhubung isu itu.
Beliau yang enggan mengadakan sidang media secara teratur dilihat seolah-olah ingin melarikan dari media namun berjaya ‘dihalang’ untuk berbuat demikian.
Ketika ditanya berhubung pendedahan rakaman suara itu, Mansor menafikan beliau melabel Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh dan sombong dalam mesyuarat terbabit.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.