Alamak!!! Siapa pulak lelaki yang bernama Mike ni dan kenapa pulak dia nak belasah Si Khalid Gagap tu? Bukan ke Si Khalid Gagap tu bagus buat kerja?
Mike ni merupakan nama singkatan bagi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang melemparkan kenyataan lantang mengutuk kepimpinan Rejim Khalid Gagap tu.
Kata Mike, dia berkemungkinan akan digugurkan dari menjadi calon dalam Pilihan Raya akan datang berikutan wujud sifat dengki dikalangan pimpinan Negeri.
Mike juga turut menuduh Menteri Besar Selangor tu sebagai seorang pemimpin yang enggan mendengar masalah yang dikemukakan oleh rakyat melalui wakil rakyat mereka.
"Sudah dua bulan (Jabatan Kebajikan) tak bagi duit RM 150. Saya terima banyak aduan. Sepatutnya bulan-bulan mereka terima duit, separuh daripada kerajaan pusat dan baki daripada kerajaan negeri."Yang saya dapat aduan, kerajaan negeri tak bagi duit lagi, tak masuk caruman. Exco yang berkenaan sepatutnya setiap bulan bagi duit kebajikan," katanya dalam wawancara dengan Antarapos.Manikavasagam berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang memberitahu pihaknya bahawa kerajaan negeri Selangor tidak menyalurkan peruntukan itu.Beliau turut memberikan beberapa contoh untuk menegaskan kegagalan Pakatan menunaikan janji-janji termasuk manifesto pilihan raya umum 2008."Saya rasa MB (Khalid) ada masalah. Sudah empat tahun, kita pun tunggu-tunggu (untuk janji ditepati)," ujar beliau."Dulu cakap nak bersihkan Sungai Klang, tapi sampai hari ini pun, saya tengok (sungai itu) pun takut. (Masalah) banjir, sampah (berterusan). Macam bulan lepas, banjir di Jalan Labis, Batu Dua Kapar."Kenapa banjir? longkang tersumbat. Saya sendiri turun sebab kawasan saya. Banjir (mestilah), orang marah,” kata beliau.
Nah!!! Macam mana orang kata Si Khalid Gagap ni bagus buat kerja sedangkan pemimpin dan wakil rakyat dikalangan mereka sendiri pun berkata sebaliknya?
Mungkin akan ada pihak yang tampil mengatakan Si Mike ni hanya nak meraih simpati. Nak pulak sebab dah dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum ni kan.
Selama ni, orang pun tak kenal dengan dia. Jadi sebab itulah dia mula menghentam Rejim pimpinan Khalid Gagap ni secara terbuka. Dapat jugak dia kredit.
Dengan cara ini, orang akan kenal siapa dia dan mula pandang berat kononnya dia memperjuangkan rakyat. Walhal, rakyat pun tau, itu semua hanya wayang belaka.
Walau apa pun, kenyataan Mike ni jelas membuktikan bahawa Si Khalid Gagap tu sebenarnya GAGAL melaksanakan tuga dia sebagai seorang Menteri Besar.
Sebab itulah banyak sangat janji yang ditabur tak dapat nak ditunaikan!!! Nak pulak yang ada kaitan dengan rakyat ni. Setakat cakap besar dan membanggakan diri sendiri boleh la!!! Yang lain semua dia GAGAL!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.