Hah!!! Ada sesiapa yang berani nak mengaku kata diorang upah minah ni berlakon untuk diorang? Apa diorang dah lupa ke dengan tindakan biadap minah ni hari tu?
Tolong la!!! Cari la pelakon lain yang perangainya elok sikit. Kalau setakat Si Agnes Monica tu tahan jugak. Tapi kalau Si Minah ni, tak payah la!!! Dia bukannya hebat sangat pun berlakon. Setakat body je cantik, tapi perangai tak semengah buat apa!!!
Dalam keadaan industri filem Malaysia yang semakin tidak menentu hari ini, masih ada pihak yang berani mempertaruhkan wang mereka dengan membawa masuk nama besar untuk produk mereka.
Takper lah. Siapa tahu formula ini boleh pancing penonton kembali membelanjakan RM10 untuk menonton wayang.Di dalam blog hiburan Rotikaya hari ini ada menyebut, sebuah produksi filem tanah air dikhabarkan sudah melamar seorang penyanyi popular negara seberang, Agnes Monica untuk membintangi sebuah filem aksi terbitan mereka.
Dan dengar-dengar penyanyi yang hits dengan lagu Matahari itu sudah pun bersetuju untuk berlakon dalam sebuah filem tersebut
Produksi yang sama juga dikatakan kini sedang mengintai peluang untuk turut membawa penyanyi dangdut yang sering mencetuskan kontroversi atau senang kata, dia juga dikenali sebagai simbol seks Indonesia, Julia Perez ke Malaysia untuk membintangi sebuah filem terbitan mereka.
Kalaulah apa yang kami dengar ini benar belaka, bak kata seorang teman, Presiden Seniman, Zed Zaidi sudah boleh memikirkan perkara ini beserta hujahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.