Ini satu lagi cerita mengarut yang sengaja direka oleh orang UMNO. Semuanya untuk mengaburi mata rakyat bahawa memang ada manusia yang hidup lebih dari 100 tahun.
Kalau sebelum ni, kisah seorang nenek tua di Terengganu berusia 108 tahun merayu agar Datuk Seri Najib mengadakan Pilihan Raya secepat mungkin.
Kali ini, kisah seorang lelaki tua yang meninggal dunia pada usia 117 tahun pulak didedahkan. Pun kes berlaku di Terengganu jugak.
Semua kisah ini tak masuk akal bagi orang yang bernama Ambiga. Bagi dia, mana ada manusia yang hidup sampai seratus tahun. Ini semua mengarut.
Maka sebab itulah dia sering menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya menipu dalam daftar pemilih kerana wujud manusia yang berusia lebih seratus tahun.
Mungkin sebab Si Ambiga ni jenis manusia yang tak de agama, maka sebab itulah dia berfikiran sedemikian. Dia tak tau yang Allah Maha Berkuasa.
Jadi, perkara macam ni tak mustahil berlaku dimana - mana tempat sekali pun. Tinggal lagi dia ni jenis manusia yang tak sedar diri. Itu pasal la dia suka mengarut benda yang bukan - bukan!!!
BESUT — Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger, Bukit Puteri dekat sini semalam.Beliau meninggal di pangkuan isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan salah seorang anak mereka Mohamad Deraman, 56.Anaknya, Arina Abdul Rahman, 46, seorang guru berkata, bapanya meninggal kerana sakit tua setelah tidak berselera untuk makan dan minum sejak dua bulan lalu.“Ayah sebelum ini sihat tetapi mengadu tidak selera untuk makan, pada pertengahan bulan puasa lalu, menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan ibadah puasa,” katanya.Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.— BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.