Sabtu, September 08, 2012


Ps: Macam yang Semut selalu kata. Kalau setakat bercakap kosong, semua orang pandai. Suruh budak sekolah rendah pun diorang tau nak bercakap. Kalau dah buat tuduhan tu, tunjuk la bukti!!! Setakat bercakap je, menda kejadahnya!!!
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar memberi tempoh selama tujuh hari kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan tiga akhbar termasuk Harakah dan Suara Keadilan untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhan membaling kasut dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Tambah beliau, dakwaan itu tidak berasas sama sekali memandangkan pihaknya mempunyai bukti kukuh berdasarkan rakaman video yang menunjukkan bahawa tuduhan membaling kasut itu tidak berlaku.

"“Pada malam itu, kita desak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar dari masjid apabila melihat ahli-ahli kariah Masjid Al-Husin bangun membantah dengan tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan masjid sebagai pentas politik dalam ceramahnya selepas solat maghrib.
Kita tidak mempunyai masalah dengan agenda politik masing-masing, malah Perkasa tidak menganggu program ceramah Anwar di Stadium Darul Aman pada malam itu, cuma kita tidak mahu masjid digunakan sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Mahfuz yang mendakwa anggota kumpulan pendesak Melayu telah membaling kasut dalam Masjid Al-Husin, Pumpong, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Mohd. Yusof mencabar Mahfuz mendedahkan bukti jika Ahli Parlimen Pas itu mempunyai bukti kukuh berhubung tuduhan yang dilemparkan tersebut.

“Tidak terdapat satu blog yang melaporkan berhubung dakwaan itu, hanya Mahfuz dan tiga akhbar itu yang mengeluarkan laporan membaling kasut oleh sekumpulan pendesak Melayu," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. mahfussss lani macam2 caci cerca polis kalu dulu tengok polis cabut takutttttt. Nak balas dendam agaknya.

    BalasPadam
  2. Dulu dia kata kek tiga tingkat berharga RM19 ribu.. lupa plak saya.. ada ke dia tunjuk bukti..?

    Kemudian tu dia kata ada taskforce merekruit bangla untuk undi BN.. pun saya lupa samada dia ada bagi bukti ataub tidak..?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping