Rabu, September 05, 2012


Seperti parti Politik yang disertainya, Si Minah Pening hanya pandai bercakap tapi tak reti buat kerja. Dia hanya tau mengkritik, tapi tak usaha yang dapat dilakukannya.

Sebab apa? Sebab dia tidak mempunyai pengaruh dalam bidang industri. Malah, kelantangan mulut dia juga turut membuatkan dia tersisih.

Jadi, adalah satu perkara yang amat memalukan bagi seorang yang hanya pandai bercakap seperti Si Minah Pening tu kalau nak dibandingkan dengan artis - artis lain ni.

Mereka jelas lebih memahami dan mendalami ilmu agama daripada Si Minah Pening tu. Tambahan pula, mereka lakukannya tanpa menyertai mana - mana parti pun.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah memang satu perkara yang tidak asing lagi buat puak - puak Pakatan Pembangkang tu hanya sekadar tau bercakap je. Diorang buat kerja bukannya reti pun!!! Setakat mengabihkan masa boleh la!!!
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis untuk mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan apabila projek Usrah Fitrah yang diilhamkan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari mula menjadi sebutan.
Irma, 30, berkata, kelas yang ditubuhkan untuk membolehkan penggiat-penggiat seni mendalami asas-asas agama Islam itu turut aktif mengadakan acara amal berbentuk kemasyarakatan, membantu golongan kurang bernasib baik dan aktiviti ukhuwah yang boleh merapatkan hubungan silaturahim.
"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada empat orang pelakar dan lima orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang dan tujuh orang guru.
"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya kepada mStar Online.Antara artis yang aktif bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot. 
Dalam pada itu, Irma berkata, kelas tersebut yang diadakan sekali pada setiap hari minggu atas tajaan Fine Academy Sdn Bhd dan Must Read Sdn Bhd itu merangkumi pembelajaran tentang al-Quran dan tajwid, fiqah, aqidah, hadis dan motivasi diri.
Katanya, tujuan Usrah Fitrah ini ditubuhkan bukan sahaja sebagai tempat mendalami ilmu agama semata-mata, sebaliknya untuk dijadikan sebagai tapak penyebaran Islam dan dakwah daripada pelbagai medium.
"Ia juga diharap dapat menjadi platform bagi warga industri seni yang ingin membuat perubahan dalam diri untuk sama-sama menambah ilmu pengetahuan di saluran yang betul," ujarnya.Sementara itu, Iqram Dinzly memberitahu penglibatannya dalam kumpulan berkenaan selepas diajak oleh rakan-rakan artis lain selain merasakan perlu melakukan perubahan pada dirinya. 
Iqram berkata, dia sangat seronok menyertai program berkenaan dan ustaz-ustaz yang memberi ceramah sangat baik dan tidak lokek dengan ilmu.
"Dulu saya memang nakal dan degil tetapi selepas menyertai Usrah Fitrah saya mula merasai perubahan pada diri saya dan pendekatan yang digunakan oleh para ustaz juga sangat seronok.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping