Ps: Pelik kan? Tatkala Si Minah Pening tu kata yang rezeki dia seperti disekat sebab dia bertudung, orang lain tak pulak macam tu. Banyak jugak kerja yang diorang dapat.
Jadi, memang sah la Si Minah Pening tu je yang sesak. Lepas tu nak berlagak pandai pulak. Memang sah la Si Minah Pening tu jenis orang yang tak sedar diri!!! Sama la macam parti yang dia ikut tu!!! Pun sama tak sedar diri macam dia jugak!!!
Bertanya khabar terbarunya menurut Ayu walaupun kini bertudung rezekinya di dalam bidang lakonan tetap seperti dahulu."Alhamdullilah, tawaran berlakon tetap seperti dahulu, mungkin sewaktu tidak bertudung dulu saya sering melakonkan watak muslimah, jadi apabila bertudung terus kini nampaknya tidak ada masalah untuk saya."Memandangkan ini keputusan saya sendiri, suami juga menyokong penuh perubahan saya ini," katanya.Bercuti sepanjang bulan Ramadan lalu, menurut Ayu dia kini mengambil keputusan untuk menyambung cuti kerana mahu memberi fokus buat keluarga."Mungkin akibat terlalu bekerja keras, saya mengalami keguguran."Memandangkan saya dan suami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, rasanya adalah lebih baik untuk saya mengambil cuti buat masa ini," jelasnya yang meminta peminatnya berdoa agar keinginan memiliki cahayamata akan menjadi kenyataan.Ditanya sama ada merancang untuk membuat rumah terbuka buat peminatnya, pelakon ini menjelaskan dia kini masih berseorangan memandangkan suaminya, Mohd. Zaquan Adha sedang sibuk dengan perlawanan bolasepak."Saya sudah membuat rumah terbuka sebenarnya cuma di rumah keluarga saya di Kedah."Buat masa ini saya tidak merancang untuk membuat rumah terbuka memandangkan suami saya juga masih sibuk berada di luar kawasan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.