Khamis, September 06, 2012


Bijak. Memang bijak. Satu tindakan bijak telah pun dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus ni. Supaya dia kekal menjadi penceramah bebas, dia tolak tawaran PAS.

Ye la. Orang macam dia ni bergantung kepada apa yang dia buat. Kalau dia pilih untuk bersama - sama PAS, maka hilang la kredibiliti dia nanti.

Kalau dia ikut PAS, kenyataan dia akan jadi kenyataan Politik dan bukan lagi kenyataan agama. Itulah nasib yang menimpa Si Nik Aziz tu sekarang.

Dia dok kata kenyataan orang lain sebagai kenyataan Politik. Padahal dia tak sedar yang dia tu pun ahli Politik jugak. Kalau tidak, kenapa dia terima jawatan dalam PAS?

Nah!!! Sekarang baru la Padan dengan muka Parti Angguk Saja tu. Bukan semua penceramah bebas ni nak bersama diorang. Sebab PAS bukannya Islam dan Islam pun tak semestinya ikut PAS!!!
KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

“Beliau merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak.

“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. 
Ps: Mungkin dia pun risau. Kalau dia masuk PAS nanti, habis pulak harta - harta dia kena infak ke dalam perjuangan. Kan itu yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin PAS. Tu sebab la diorang semua jalan kaki!!! Tapi dalam mimpi la. Bukan dalam dunia nyata!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping