Rabu, September 26, 2012



Cukup malas rasanya mahu membongkar setiap deretan cerita sensasi yang pernah menghinggapi gadis manis ini. 

Yakin dia mampu mengharungi segala dugaan, Noor Neelofa Mohd Noor, 23, tetap akui kuasanya cukup terbatas di dalam menjadi terlalu sempurna.

Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, gadis berkulit putih ini mengakui dia juga sebenarnya sedang berusaha agar kariernya terus mekar.

Menyentuh soal komitmen sebagai pelakon, pengacara dan duta beberapa produk kini, Neelofa tidak menafikan jadualnya agak padat. 

Masih meletakkan karier lakonan sebagai keutamaan, Neelofa akui dia sedang berusaha keras mahu membuktikan sesuatu.

"Saya akui lakonan saya agak kurang menyerlah. Tapi harus saya tekankan di sini saya masih baru dan saya akan terus belajar," katanya kepada Hits ketika hadir untuk sesi fotografi baru-baru ini.

Dalam membuktikan kenyataannya itu Neelofa turut akui dia tidak kisah jika ditawarkan watak-watak antagonis di dalam memberi impak kepada penonton.

"Mungkin watak lakonan saya sebelum ini agak terbatas, jadi peminat sukar untuk melihat kemampuan saya.

"Pada saya, saya lebih suka untuk membawakan watak yang lebih berani seperti penggoda misalnya, ia lebih mudah diingati penonton," katanya jujur.

Menyangkal komitmen terhadap bidang pengacaraan menyebabkan fokusnya di dalam lakonan terjejas, Neelofa percaya dengan umurnya yang masih muda, dia senang memilih untuk bereksperimen.

"Tidak salah rasanya untuk mempunyai banyak pilihan dan saya tidak akan tinggalkan mana-mana bidang.

"Bagi saya bidang pengacaraan dan lakonan merupakan fokus utama saya kini jadi saya akan tetap berusaha untuk memantapkan diri saya di dalam kedua bidang ini," katanya yang merupakan heroin filem Azura, arahan Aziz M.Osman.

Tatkala ada kata-kata kasar yang mengatakan pengacara Nona ini semakin berlagak diva termasuk ditegur oleh penerbit Datuk Yusof Haslam apabila enggan mengikuti promosi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM), ada jawapan logik yang mahu diberikan Neelofa mengenai hal tersebut. Ternyata kesibukan dirinya memberi ruang buat cerita tidak benar ini terus menular.

"Mungkin jadual saya agak ketat, jadi saya agak sukar untuk menuruti mana-mana permintaan jika dibuat dalam waktu yang amat singkat. Bagaimanapun sebagai pelakon saya akan tetap mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan," jelasnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping