Hadus!!! Memang Memalukan!!! Tindakan Exco Kerajaan Negeri PKR Selangor ni memang satu yang cukup - cukup memalukan.
Si Khalid Gagap tu baru je cuba nak menipu rakyat dengan mengatakan bahawa Majlis pada 30 Ogos yang lalu bukan Majlis Sambutan Kemerdekaan.
Sebaliknya, Si Khalid Gagap tu cuba nak kata yang ianya merupakan Majlis Ceramah. Maka sebab itulah Si Ketua penipu tu dijemput jadi penceramah.
Tapi, apa yang dilakukan oleh Si Jayakumar ni menambah-burukkan lagi pihak Kerajaan Negeri dengan mempertikaikan pihak Polis.
Dia menuduh pihak Polis tidak profesional dan lansung dihantar bertugas pada malam tersebut bagi menjaga keselamatan para hadirin. Tak pasal - pasal je dia kena lempang balik.
Dakwaan yang dikeluarkan oleh Si Jayakumar tu telah dijawab oleh Ketua Polis Negeri Selangor sendiri, Datuk Tun Hisan Tun Husin.
"Sila semak fakta sebelum membuat kenyataan dan jangan membuat tuduhan melulu. Saya mengarahkan 119 anggota polis bertugas termasuk 86 yang beruniform bagi mengawal keselamatan dan trafik."Malah, saya yang meluluskan permit bunga api untuk sambutan itu. Jadi bagaimana timbul dakwaan polis tidak profesional dan tidak bekerjasama dengan kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin adalah antara tetamu yang hadir.Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata, balai polis bergerak turut ditempatkan di lokasi sambutan pada malam berkenaan bagi kemudahan orang ramai.Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, tiada sebarang kejadian jenayah pada malam sambutan itu."Kami tidak ada masalah dengan kerajaan Selangor, kami bukan polis BN (Barisan Nasional) atau polis PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi kami Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegasnya.
Jelas, tindakan Si Jayakumar ni sebenarnya nak mengalihkan isu bahawa Kerajaan PKR Selangor tidak menjemput DYMM Tuanku ke majlis tersebut.
Dia ingat senang la nak larikan isu tu dari pemikiran rakyat walhal perkara tu dah semakin terpahat dibenak hati mereka. Mereka kini dah nampak keBIADAPan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Jadi tak payah la susah - susah nak buat kerja yang tak berfaedah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.