Sudahpun kembali ke set penggambaran, menurut Fouziah dia kini sibuk memenuhi kembali jadual penggambaran yang tertangguh.
Memandangkan cuti mengejutnya banyak mengganggu jadual kerja produksi, dia kini terpaksa berhempas pulas untuk memberi komitmen kerja agak tidak menyusahkan mana-mana pihak.
"Saya baru sahaja pulang dari negara Morocco, untuk penggambaran telemovie berjudul Jauh bersama Adi Putra dan Anzalna.
"Sementara itu juga saya kembali memenuhi masa dengan jadual penggambaran kini. Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak produksi faham dengan keadaan saya kini, dan mereka banyak bertoleransi," katanya.
Menyentuh soal kahwin bagi pelakon drama bersiri Trilogi Cinta ini masih terlalu samar untuk dia merungkai kisah cintanya.
Malah dia sendiri terkejut dengan perkhabaran yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan.
"Siapa yang pandai-pandai buat cerita saya nak kahwin? Saya masih dalam keadaan bersedih dan langsung tidak fikirkan hal itu lagi.
"Buat masa ini saya mahu memberi fokus kepada kerjaya saya dahulu. Sememangnya saya sendiri hairan bagaimana berita ini boleh tersebar," katanya.
Terus bercerita mengenai drama bersiri lakonan terbarunya berjudul Dendam Sarakit yang akan disiar setiap khamis pukul 10 malam di TV3.
Menurut Fouziah cabaran terbesarnya di dalam drama bersiri ini adalah terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang agak lama.
"Rasanya hampir sebulan kami di Betong, Thailand, cukup lama untuk membuatkan saya merindui masakan ibu di rumah.
"Selain itu juga di dalam menjiwai watak sebagai seorang gadis Siam, saya banyak berbual dengan masyarakat sekeliling," katanya yang lega tidak pernah diganggu kuasa mistik sepanjang penggambaran tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.