Kalau kita sekali baca pun dah boleh agak siapa idola Politik kepada insan yang cuba digambarkan oleh SS ni. Dah tentu - tentu la idola dia pun bukan calang - calang orang.
Demi nak menunjukkan diri dia lebih bagus dari orang lain, maka sebab itulah dia suka bercakap besar dan sering mendabik dada.
Hakikatnya, orang macam ni sebenarnya ada masalah dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Dia ada masalah 'Low Self Esteem'. Dalam erti kata lainnya, orang yang suka berbangga diri ni seorang Loser!!! Sebab itulah dia hanya pandai cakap besar je!!!
PELAKON tidak banyak bercakap tetapi orang di belakang tabir lebih banyak bersuara. Apa yang SS dengar, pelakon sendiri seperti terpaksa kawal ‘tone’ hendak bercakap seolah-olah mereka dikawal orang di sebalik tabir tadi.
Orang itu juga sepeti cuba menjelaskan kenyataannya supaya karya dibuatnya kelihatan begitu sempurna. Pendek kata, apa diperkatakannya orang mesti setuju memandangkan dia pernah mencipta kejayaan menerusi karya di dalam dan luar negara sebelum ini.
Disebabkan perkara itu juga, beberapa rakan SS sempat bertanya, jika dia sudah dikenali mengapa masih tergila-gila mencari publisiti?Daripada apa yang SS dengar dan lihat sendiri sebelum ini, orang di sebalik tabir ini memang terkenal dengan rasa bongkak dan apabila bercakap ibarat mesti sampai siling bumbung!
SS tidak mahu memberi komen lanjut kerana ramai kurang menyenanginya dan ada juga mengatakan dia ‘ego’.Agak terkejut juga apabila dia terlepas cakap mengatakan yang dia akan bekerjasama dengan orang lain menyebabkan salah seorang kru produksi filem itu juga seperti menarik muka kelat ‘control macho’.Jika begini sikap orang di sebalik tabir menggelarkan diri mereka karyawan yang merasakan diri hebat, tenung muka dulu dalam cermin.Ini kerana lambat laun orang akan meluat dan tahu kelemahan yang cuba ditutup disebabkan sikap merasakandiri selalu hebat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.