KALAU Izara bergelek untuk lulus peperiksaan, lain pula halnya dengan pelakon popular yang baru-baru ini menjadi perhatian di sebuah kelab hiburan di ibu kota.
Dalam samar-samar, kalau sudah namanya Tasha Shilla, siapa pun boleh kenal.
Kata sumber bertauliah yang dilatih khas untuk jadi sumber gosip, Tasha bersama rakan-rakan singgah untuk cuci mata di sebuah kelab, malam minggu lalu.
Bukan main Tasha bergembira bersama beberapa temannya, termasuklah wanita dan lelaki.
"Tengok punya tengok pun, aku nampak seorang lelaki yang memang tak syak lagi itulah lelaki bergelar Datuk J. Datuk tu memang terkenal kat sini, semua orang kenal dia.
Kalau pergi situ mesti mejanya betul-betul mengadap pentas," beritahu sumber Diva itu menerusi BBM.
Nak sahaja minta sumber berkenaan rakam aksi Tasha untuk jadi bahan bukti, tapi cuaca di kelab malam, faham-faham sahajalah.
Satu lagi, kalau sudah datang berparti ramai-ramai, macam-macam jenama air terhidang ada atas meja. Dengarnya, bukan teh susu atau kopi-O yang menjadi penghilang dahaga di bar.
Kata sumber yang sempat lagi buat siasatan itu, malam itu Tasha seronok bukan kepalang sebab baru pulang daripada berbelanja barangan mewah di pusat beli-belah terkemuka di jalan penuh bintang bersama Datuk J itu.
Bahagianya Tasha, cuma hati-hatilah sikit. Memang niat nak berhibur dan berkawan-kawan itu okey tapi kalau terlalu jujur pun orang pelik juga. - Kosmo Online
Ps: Sendiri bikin, sendiri tanggung la ye. Jangan la salahkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.