Isnin, Oktober 29, 2012


Pergh!!! Memang hebat la minah ni. Aibkan orang sampai dapat waran tangkap. Tak pernah lagi ada orang yang mampu buat macam tu.

Tapi yang herannya kenapa Si Ketua Penipu tak nak ambik tindakan yang macam ni ye? Padahal dia kata pendedahan video seks dengan Chinadoll tu mengaibkan dia.

Kalau ianya mengaibkan dan memalukan dia serta keluarga dia, kenapa dia tak saman je orang yang buat pendedahan video tu? Kenapa dia hanya mendiamkan diri?

Nampak sangat dia memang takut dengan Kebenaran. Setakat bercakap nak memperjuangkan Kebenaran buat apa. Mengabihkan masa je!!! 'Benda lain' yang dia tegakkan tu pun 'Bengkok'. Lagi dia nak tegakkan Kebenaran ke? Mimpi je la!!!
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian. 
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28. 
Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan. 
"Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 November tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. 
Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya. 
"Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka. 
"Mahkamah memerintahkan penolong pendaftar mengeluarkan waran tangkap supaya defendan dibawa ke mahkamah ini supaya satu tempoh hukuman penjara dikeluarkan setelah mengambil apa fakta mitigasi (rayuan defendan)," kata Vazeer Alam.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping