Dalam jangkaan Semut, isu ni sudah pasti akan menjadi cerita hangat hari ini. Dah tentu - tentu puak - puak Pencacai Pakatan tu akan jadikan ianya satu isu.
Jadi, sebelum diorang nak buat cerita yang bukan - bukan baik la dipersoalkan dulu kenapa Datuk Seri Najib pergi berjumpa dengan George Soros tu.
Dalam kenyataan beliau semalam, Perdana Menteri mengakui bahawa dia memang ada jumpa George Soros dua tahun lepas. Tapi jumpa untuk apa?
Adakah untuk mintak duit? Adakah dia nak mintak bantuan kewangan? Setakat ini masih belum ada bukti bahawa PM bertindak sedemikian.
Kemungkinan pertemuan YAB Perdana Menteri itu sama seperti pertemuannya dengan Ustaz Nasharuddin di Mekah. Mungkin ianya secara tak sengaja.
Kita perlu ingat, George Soros juga turut pernah merayu untuk berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir dua tahun yang lalu dilapangan terbang Amerika.
Disebabkan Si Soros Yahudi Laknatullah tu beria - ia sangat, maka sebab itulah Tun Dr. Mahathir setuju nak berjumpa dengan dia. Kalau tidak jangan harap la.
Jadi, kesimpulan yang sama jugak boleh kita buat dalam perjumpaan diantara Datuk Seri Najib dan Si Penyangak Matawang dunia tu.
Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa Si Soros tu beria - ia sangat nak jumpa dengan Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib?
Adakah kemungkinan dia nak mendedahkan beberapa lagi maklumat yang berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu? Perkara tu tak mustahil kalau nak difikirkan.
Jadi, jangan la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak bangga sangat dengan menjadikan ianya sebagai satu isu. Takut nanti, ada jugak yang memalukan diri sendiri. Kalau dah songeh nanti, mana nak sorok muka woi!!!
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.Beliau bagaimanapun berkata perjumpaan itu adalah atas kehendak George Soros dan menerima pelawaannya secara baik."Saya jumpa dia atas permintaan dia dan selepas Tun Mahathir (mantan Perdana Menteri) jumpa George Soros, bagi saya dan saya menganggapkan tiada masalah untuk berjumpa dengan George Soros."Tidak perlu bimbang kerana tiada niat jahat dan tidak perlu dibimbangi. Yang penting sekali bukan jumpa George Soros tetapi apa yang dibincangkan. Kita tidak bincang tentang kerajaan dan kita tidak bincang tentang untuk dapatkan kewangan," katanya.
..kalau aq ambil fikiran mahathir menghadapi dan cuba mencari penyelesaian yang terhormat di mata islam dan etika kemanusiaan; dengan perakuan dan kepercayaan mantan itu kepada najib aq yakin malysia dilandasan yang betul dalam menghadapi apa jua karenah soros. berbeza dengan sorotan mata pr bersama ngo yang seangkatan. sikit pun aq tak meragui ketelusan menjadikan malaysia sebagai apa yang sepatutnya. malaysia negara aman..maju..berugama mengisi kemerdekaan nya.
BalasPadam