Sabtu, Oktober 13, 2012


Hehehe... Bila baca artikel dibawah ni, teringat pulak pasal seorang pakcik tua yang bukak cerita pasal ikan besar dalam paya sebelah kilang Lynas tu.

Ceritanya dah lama, masa isu pasal kilang nadir bumi tu mula - mula dijadikan bahan Politik oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Punya la teruja pakcik tu bercerita.

Satu hari dalam bulan Julai 2011, seorang pakcik tua berkopiah putih datang dan duduk disebuah kedai kopi yang terletak ditepi jalan menghala ke Berserah, Kuantan.

Pakcik tu mula bercerita pasal bau busuk yang tidak menyenangkan datang dari kawasan perindustrian Petrokimia di Gebeng tu. Dia kata ni semua pasal kilang Lynas tu la.

Tambah pakcik tu lagi, ada beberapa penduduk setempat mengadu kata ikan didalam paya berhampiran kilang tu dah banyak yang mati. 

Sayang betul, ikan tu semua besar - besar belaka katanya. Tapi sekarang ni semua dah mati. Kalau ada pun, dah tak boleh makan sebab dah tercemar.

Lalu seorang lelaki yang agak muda sikit dari pakcik tu pun menyampuk dan tanya pakcik tu datang dari mana. Dengan selamba je pakcik tu kata dia dari Kemaman, Terengganu.

Lelaki muda tu pun tanya pakcik tu, ikan besar dalam paya tu mati sebab apa? Semuanya salah kilang Nadir Bumi tu la, kata pakcik tu. Erk, kilang tu dah beroperasi ke belum?

Lelaki muda tu pun terus bertanya, "Rasanya, sampai hari ni, kilang Nadir Bumi tu masih belum memulakan operasi. Jadi macam mana pulak ikan dalam paya tu boleh mati?"

Tak pasal - pasal je pakcik tu mula merah muka akibat nak tahan malu punya pasal. Tak sempat dia nak minum air, bayar dan terus dia angkat kaki. Dah songeh la tu!!!

Kalau nak tau, itulah kerja puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni setakat pandai buat cerita yang bukan - bukan je. Tapi memang itu aje la kerja yang diroang tau buat pun!!! Nak harapkan diorang nak bantu rakyat, mimpi je la!!!

Sumber
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping