Rabu, Oktober 10, 2012


Haduyai!!! Apa lagi yang Si Nurul Izzah ni nak bising - bising tak tentu arah ni? Nampak sangat la yang dia ni memang tak de kerja lain.

Apa yang dia tau buat hanya mempertikaikan itu dan ini serta memutar belitkan fakta. Nak harapkan dia selesaikan masalah rakyat, jangan harap la!!! Sebab tu la pembantu - pembantu dia pun sekadar tau bercakap je. Diorang bukannya nak membantu rakyat!!!
Sejak kebelakangan ini, Nurul Izzah asyik berlagak hero meminta supaya Pasar Malam Kerinchi dikekalkan di tempat asal. Dia juga menuntut supaya tapak alternatif diberikan oleh DBKL sekiranya mereka perlu berpindah.

Bila penduduk tak puas hati kerana isu ini masih berlarutan dan marah kepada Nurul Izzah kerana mempolitikkan isu ini, cepat sahaja Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil, menuding jari kepada DBKL.
fahmi_fadzil ‏@fahmi_fadzil tak dipolitikkan, masalah timbul krn DBKL enggan beri tapak pasar mlm baru.
Soalnya sekarang, tanggungjawab siapa untuk menyediakan tapak alternatif? 

Minta maaf ya Fahmi Fadzil, BUKAN tanggungjawab DBKL untuk sediakan tapak baru. Permohonan tapak baru perlu dibuat oleh penganjur. Perkara asas macam ni pun kau tak tahu, macam mana nak jadi Setiausaha Politik?

Untuk makluman kau ya Fahmi Fadzil, kelulusan diberikan DBKL apabila ada permohonan dari Persatuan Penduduk di mana permintaan melebihi bantahan dan tapak yang dipohon sesuai. Jika di kemudian hari, tapak tidak lagi sesuai, maka DBKL berhak menarik balik kelulusan.

Dalam kes Pasar Malam Kerinchi, penganjur ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat dan Persatuan Penduduk Flat 17 Tingkat yang kemudiannya diambil alih oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Bila DBKL memutuskan bahawa tapak Pasar Malam Kerinchi tidak lagi sesuai atas sebab keselamatan, maka pihak penganjur dan peniaga telah dimaklumkan. Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat setuju dengan penutupan manakala JMB Flat 17 Tingkat tidak setuju.

DBKL telah cadangkan supaya tapak Pasar Malam dipindahkan ke dalam kawasan Flat 17 Tingkat tetapi ianya perlu dipohon secara rasmi oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Haaa, nampak tak? DBKL bukan terus suruh tutup, malah beri cadangan tapak alternatif! Sekarang ni, Pengerusi JMB Flat 17 Tingkat ialah Zamri, penyokong Nurul Izzah. 

Isunya sekarang, notis penutupan telah diberi sejak bulan Mac 2012, sekarang dah bulan Oktober, maknanya dah LAPAN BULAN Zamri tahu tapak alternatif perlu dipohon tetapi mengapa sehingga sekarang Zamri belum mengemukakan permohonan untuk memindahkan tapak pasar malam? Adakah kerana Nurul Izzah sengaja mahu memanjangkan isu ini? Kalau dari dulu Zamri dah mohon perpindahan tapak, sekarang takkan ada isu penutupan pasar malam ni! - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ini lah hasilnya bila sibangang kerja dgn keluarga puaka. Ckp byk tp habuk pun tarak. Hakthuiii.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping