Khamis, Oktober 18, 2012


Pergh!!! Ini satu cerita menarik dan panas yang Semut baru dapat semalam mengenai perkembangan Politik di Pahang. Semut dapat info ni melalui SMS.

Katanya, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang sedia ada sekarang ni dah takkan dicalonkan semula untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang lalu.

Nama dia sudah tidak lagi tersenarai untuk terus mempertahankan kerusi Indera Mahkota dan ianya bakal beralih kepada orang lain.

Sebelum ini, kita dah dengar ura - ura bahawa kerusi Si Azan tu akan diambil alih oleh seorang calon pilihan Pengerusi PKR Negeri, Si Fauzi Pendek.

Walaupun keputusan tersebut telah dibantah secara terang - terangan oleh ahli serta penduduk Indera Mahkota sendiri, SI Fauzi Pendek tu peduli apa.

Semua orang yang duduk di Indera Mahkota pun tahu perbalahan diantara Si Azan dengan Si Fauzi tu. Malah, ianya bukan lagi menjadi satu rahsia.

Jangan kata di Indera Mahkota je yang tahu mengenai perkara tersebut. Hampir seluruh Malaysia pun sedia maklum mengenainya.

Si Azan tu jugak pernah bertindak diluar jangkaan dimana dia telah meletakkan semua jawatannya dalam parti peringkat Negeri kerana berselisih faham dengan Si Fauzi Pendek ni.

Si Azan tu letak jawatan sebab dia tak puas hati dengan corak pemerintahan Fauzi yang dikatakan membuat parti PKR ni umpama syarikat milik bapak dia sendiri.

Mungkin akibat dendam itulah Si Fauzi Pendek ni tidak menyenaraikan Azan untuk terus mempertahankan kerusi Indera Mahkota dalam PRU akan datang.

Sebaliknya, perkhabaran terkini yang Semut terima semalam, Si Fauzi tu sendiri akan bertanding di Indera Mahkota dan seterusnya mencantas Azan di kerusi tersebut.

Kesian dengan Azan. Sebab nak balas dendam punya pasal, Si Fauzi ni sanggup buat macam tu terhadap dia. Bak kata pepatah, ibarat habis madu sepah dibuang je dia ni.
Tapi, apa yang nak pelik sangat dengan puak - puak PKR ni ye tak. Kalau setakat main 'tikam belakang' ni, dah jadi satu perkara norma bagi mereka. 

Nak pulak kalau dalam bab nak membalas dendam ni. Yang tu memang diorang cukup pakar. Apa rakyat nak kata, diorang peduli apa. Yang penting, dendam berbalas. Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping