Selasa, Oktober 09, 2012


Nampak gayanya PAS sejak akhir - akhir ni semakin berani meliwat puak - puak PKR tu secara terang - terangan dihadapan khalayak ramai.

Kalau semalam, Datuk Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS dengan jelas mengkritik tindakan Si Ketua Penipu tu sebagai tidak memperjuangkan Islam.

Semuanya gara - gara sokongan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu tu terhadap seorang penulis buku yang menafikan penubuhan Negara Islam didunia.

Bagi penulis tersebut, istilah Negara Islam ini tidak wujud. Maka secara tidak lansung, penulis itu juga turut menafikan kewujudan Negara Islam Madinah.

Perkara ini yang nak disokong oleh Si Ketua Penipu tu? Kalau itu pun Si Ketua Penipu tu nak sokong, memang sah la dia tidak mengutamakan Islam dalam perjuangan dia.

Hari ini pulak, Si Din Pudu secara terang - terangan menyatakan bahawa PAS tetap akan laksanakan projek RAPID Pengerang sekiranya mereka berjaya memerintah Johor.
“Kami (pembangkang) bukan menolak projek mega, tetapi setiap projek harus diteliti dengan terperinci agar nasib rakyat tidak terpinggir akibat daripada arus pembangunan.

“Sekiranya pembangkang diberi mandat dalam pilihan raya nanti, projek Rapid akan diberi perhatian, malah Petronas boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mendakwa adalah satu pembaziran bagi menggunakan wang sebanyak RM60 bilion bagi pembinaan satu loji penapis kerana kerajaan telah mempunyai loji yang sedia ada milik Petronas di Kerteh, Terengganu.
Secara tak lansung, kenyataan Si Din Pudu tu mengesahkan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Johor adalah benar dan bijak membangunkan kawasan tersebut.

Malah, kenyataan itu juga turut menafikan tuntutan yang dibuat oleh PKR sebelum ini dimana mereka telah berjanji untuk menghapuskan projek tersebut.

Nah!!! Belum pun dapat nak mentadbir Negara, dah berbalah sesama sendiri. Pun kita nak bagi diorang peluang jugak ke? Takkan la kita nak tengok Malaysia ni jahanam kot!!!

Jadi, baik fikir masak - masak dari sekarang. Jangan nanti menyesal dikemudian hari. Masa tu, menangis air mata darah pun dah tak guna. Yang PAS pun menda kejadahnya nak duduk dengan puak - puak PKR tu lagi. Keluar aje la!!! Jangan la jadi bodoh sangat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping