'Lady Boss' - Gambar Hiasan |
BAB kawal-mengawal suami memanglah jadi sebahagian daripada hobi isteri. Yelah, zaman sekarang kalau tak kawal sangat jadual suami, takut suami lupa jalan balik rumah.
Ni Diva ada cerita tentang kuasa isteri kepada seorang aktor pujaan Malaya ketika ini. Dengarnya, isteri aktor berkenaan sudah tak macam dahulu lagi.
Dahulu dia okey dan sangat memudahkan urusan berhubung kerja si suami. Cerita ni menjalar dari mulut ke mulut sahaja.
Katanya, si isteri yang tak kurang cantik jelita itu sudah berani beri cadangan heroin tertentu sahaja yang suaminya dibenarkan berlakon.
Maklumlah, tawaran dah banyak, kenalah buat pilihan paling tepat. Tapi kalau sampai gam terus nama mana-mana pelakon yang dirasakan tak sesuai untuk duduk seiring dengan nama suaminya, itu sudah agak melampau.
Kalau syarat tak diterima, dia boleh ada kuasa untuk tolak mana-mana tawaran. Setahu Diva, si suami yang buat kerja lakonan itu bukan jenis yang memilih sangat. Itu dahululah, sekarang lain agaknya.
Ps: Inilah yang orang kata, lebih sudu dari kuah. Suami tak de apa - apa, tapi isteri pulak yang terlebih 'Diva'!!! Sungguh tak menyedarkan diri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.