Sabtu, Oktober 13, 2012


Seramai 80 penyokong tegar dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri.

Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, pada Jumaat.

Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahun lalu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.

"Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu. 

"Setelah memikir dan melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil untuk menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau dan rakan-rakan yang kini menyertai Umno berikrar akan memberikan sokongan kepada pimpinan dan akan memastikan UMNO dan BN menang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Katanya, pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak sekata, malah lebih mementingkan diri daripada membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, Ismail menyeru mereka yang masih menyokong pembangkang terutamanya parti DAP kembali ke landasan asal dan menyokong Umno dan BN.

"Hanya BN yang berjaya dan terbukti membela rakyat di mana segala kenikmatan dan kemewahan yang dirasai terutamanya bagi peneroka Felda ini adalah hasil daripada perjuangan Umno dan kerajaan BN," katanya.-BERNAMA

Ps: Baru ini la diorang nak sedar yang puak - puak Pakatan ni kerjanya menipu je!!! Bukannya diorang tau buat kerja lain pun!!! Setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping